Skip to main content

Selebriti

"Mungkin Bagi Kita Sikit Tapi Banyak Pada Orang Lain" - Dafi Ulas Isu Tawaran Rendah

Dafi

Sekilas

  • Dafi mengulas isu tawaran bayaran rendah dalam bidang nyanyian yang dianggap tidak setimpal oleh sesetengah pihak.
  • Dia menegaskan nilai tawaran mungkin kecil bagi sesetengah orang tetapi besar maknanya bagi yang memerlukan.
  • Dafi mengingatkan supaya berhati-hati memberi pandangan di media sosial agar tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Dia tidak menolak tawaran bayaran rendah jika ia bersesuaian dan dilakukan atas minat dalam bidang seni.
  • Penyanyi Ariff Bahran sebelum ini meluahkan kecewa menerima tawaran RM1,400 untuk dua lagu.

Penyanyi dan pelakon, Dafi tampil mengulas isu tawaran bayaran rendah yang didakwa tidak setimpal dengan khidmat nyanyian.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri berkata, nilai sesuatu tawaran itu mungkin kecil pada sesetengah pihak, namun besar maknanya bagi orang lain yang memerlukan.

Dia turut mengingatkan agar berhati-hati ketika memberi pandangan di media sosial kerana ia boleh menyinggung perasaan individu lain.

“Saya rasa bukan semua benda kena muat naik di media sosial dan kita perlu lebih berhati-hati sikit ketika bercakap sebab mungkin rezeki yang kita rasa sikit bagi kita tetapi banyak pada orang lain. Kalau rasa tak berbaloi, jangan ambil. Jangan perlekehkan rezeki,” katanya kepada Gempak.

Dafi berkongsi perkara itu ketika menghadiri majlis pelancaran drama Bf Green Flag di Studio Village pada Rabu.

Dalam masa sama, Dafi menjelaskan bahawa dia tidak menolak tawaran bayaran rendah sekiranya ia bersesuaian dan dilakukan atas dasar minat terhadap bidang seni.

“Secara peribadi, kalau bersesuaian, saya akan ambil sahaja bayaran itu. Saya faham juga setiap orang ada ketetapan sendiri tapi kalau saya, saya akan buat atas sebab minat. Benda macam ni memang ada hak tetapi perlu banyak menjaga hati,” ujarnya.

Terdahulu, penyanyi Ariff Bahran meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa menerima tawaran rendah sebanyak RM1,400 untuk menyanyikan dua buah lagu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement