Sekilas
- Bella Astillah menafikan kehadiran Syed Saddiq dan keluarganya ke Muzikal Lawak Superstar adalah dirancang, sebaliknya mereka dijemput secara spontan.
- Bella gembira keluarga Syed Saddiq dapat hadir memberi sokongan pada program tersebut.
- Bella juga mempromosikan lagu terbarunya bersama Daniesh Suffian berjudul "Akhirnya Kamu" yang mengisahkan tentang cinta dan harapan.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah menafikan dakwaan bahawa kehadiran Syed Saddiq serta keluarganya ke Muzikal Lawak Superstar (MLS) adalah sesuatu yang dirancang, susulan tularnya video mereka di media sosial.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menjelaskan bahawa dia hanya menjemput keluarga berkenaan untuk hadir pada bila-bila masa, dan kebetulan hari itu mereka mempunyai kelapangan.
"Tak plan pun bawa mereka (Syed Saddiq dan keluarga). Saya jemput mereka untuk datang bila-bila masa sahaja. Mungkin itu masa yang mereka ada,"katanya kepada Gempak.
Bella berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri program MeleTOP bertempat di Astro Bukit Jalil pada Selasa.
Dalam masa sama, Bella meluahkan rasa gembira kerana keluarga tersebut dapat hadir untuk memberi sokongan pada program berkenaan.
"Saya sangat gembira mereka dapat hadir serta memberi sokongan pada MLS,"ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Bella turut hadir ke MeleTOP bagi mempromosikan lagu terbaharunya bersama penyanyi dan komposer Daniesh Suffian iaitu Akhirnya Kamu.
"Akhirnya Kamu" mengisahkan dua individu yang pernah terluka namun kembali menemui cinta sejati selepas pertemuan semula. Lagu ini bukan sekadar tentang cinta, tetapi simbol kekuatan dan harapan dalam perjalanan hidup.
Terdahulu, tular video memaparkan Syed Saddiq bersama keluarganya hadir ke program Muzikal Lawak Superstar (MLS) sekali gus menarik perhatian ramai.