Seorang murid Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Jalan Tap, Klang, meninggal dunia pagi semalam, akibat jangkitan Influenza A.
Advertisement
Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8, disahkan meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.
Pihak sekolah turut memaklumkan berita pemergian murid terbabit dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan supaya rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan seluruh keluarga mangsa turut dijangkiti wabak berkenaan.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, dua kes kematian dikaitkan dengan influenza membabitkan kanak-kanak lelaki masing-masing berusia empat dan 11 tahun direkodkan setakat ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilapor berkata, kanak-kanak berusia empat tahun itu tinggal di Sabah, manakala mangsa yang berusia 11 tahun di Terengganu.
Sumber: Berita Harian