Skip to main content

Selebriti

Nad Zainal & Suami Tak Suka Gurau Berlebihan Di Set Pengambaraan, Ambil Serius Kualiti Kerja - "Saya Rasa Sebab Itu Juga Kami Kahwin"

WhatsApp Image 2026 03 18 at 1.29.14 PM

Sekilas

  • Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail Aziz, menekankan pentingnya keseriusan dan fokus ketika bekerja di set penggambaran.
  • Mereka mengelak bergelak sakan di set kerana menghormati krew dan memastikan tugasan dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
  • Sikap profesional ini juga menjadi salah satu sebab mereka berkahwin dan menjaga kualiti kerja demi keluarga dan anak-anak.
Advertisement

Pelakon, Nad Zainal menegaskan dia dan suaminya, Ungku Ismail Aziz amat menitikberatkan keseriusan ketika berada di set pengembaraan.

Menerusi perkongsian di Threads, Nad berkata mereka tidak gemar bergelak sakan ketika bekerja kerana menganggap setiap tugasan perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh memandangkan mereka telah dibayar.

Advertisement

"Asyik gelak bila nak balik? Orang bayar tapi kita main-main pula. Kesian dekat krew. Nak gelak-gelak buat sebelum masuk set. Laki bini kena all out,"tulisnya.

Dalam masa sama, Nad berkata sikap itu juga antara sebab mereka berkahwin kerana berkongsi prinsip yang sama iaitu fokus pada kerja dan menjaga kualiti.

"Saya rasa sebab itu juga kami kahwin. Kami sejenis buat hal sendiri dan masuk set tak boleh lagi main-main ya. Lagipun anak menanti di rumah. Ada satu hari itu kami bawa anak-anak di set. Jadi, mereka faham sahaja mak ayah mereka tengah kerja. Itu pun sejam sahaja,"ujarnya.

Tambahnya, Nad berkata suaminya turut kurang selesa dengan sikap segelintir individu yang suka bergelak sambil bertepuk tampar, dan dia sendiri juga berasa rimas dengan perlakuan sedemikian.

"Laki saya ni jenis tak suka perempuan sikit-sikit nak gelak bertepuk tampar. Saya pun rimas. Kami nak siapkan kerja dan jumpa anak sahaja. Jadi, kita perform. Habis scene sahaja ada Waktu kami tidur. Waktu makan, kami memang makan dan Waktu berseronok, kita berseronoklah," kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement