Skip to main content

Selebriti

Nadzmi Adhwa Dedah Pernah Terima Tawaran Bayaran Hanya RM200 Sahaja - "Duit Minyak Pun Tak Lepas"

Nadzmi Adhwa Dedah Pernah Terima Tawaran Bayaran Hanya RM200 Sahaja - "Duit Minyak Pun Tak Lepas"

Sekilas

  • Nadzmi Adhwa dan isterinya, Ardell Aryana, menerima tawaran lakonan yang munasabah dan setimpal dengan komitmen, bukan terlalu memilih tetapi tidak mahu bayaran terlalu rendah.
  • Nadzmi menegaskan minatnya dalam lakonan tetap kuat, namun bayaran seperti RM200 dianggap tidak mencukupi untuk menampung kos dan usaha.
  • Selain lakonan, mereka juga fokus menguruskan perniagaan mi bersama rakan melalui platform TikTok dan Shopee apabila tiada tawaran berlakon.
Advertisement

Pelakon, Nadzmi Adhwa mendedahkan pernah menerima tawaran lakonan dengan bayaran yang tidak setimpal dengan komitmen yang perlu diberikan.

Menurut Nadzmi, dia dan isterinya, aktres Ardell Aryana bukanlah terlalu memilih atau meletakkan syarat yang tinggi terhadap sesuatu tawaran.

Advertisement

Namun, bayaran yang ditawarkan perlulah munasabah dan bersesuaian.

"Kalau ada panggilan, kami akan buat. Cumanya, harga tu janganlah murah sangat. Kita tak adalah minta mahal sangat tapi janganlah sampai RM200 sahaja. Agak-agaklah. Duit minyak pun tidak lepas.

"Bukan saya memilih dari segi bayaran. Berlakon memang minat dan jiwa saya. Tetapi, nilai yang ditawarkan perlulah setimpal dengan komitmen yang diberikan," katanya kepada Gempak.

Advertisement

Nadzmi berkata demikian ketika ditemui pada program Weekend Fête Al Aqsa Carpets di Al Aqsa Carpets Factory Outlet pada Sabtu.

Dalam pada itu, Nadzmi turut berkata jika tiada tawaran berlakon, dia dan Ardell akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap perniagaan mi yang diusahakan mereka bersama dua orang rakan baiknya.

"Kalau ada tawaran, kami memang akan ambil juga. Cuma fokus kami lebih tertumpu pada perniagaan. Alhamdulillah, bisnes okay. Kalau tiada tawaran, kami akan uruskan perniagaan mi setiap hari menerusi TikTok dan Shopee," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

KEROPOK LEKOR ORI KUALA BESUT (RM1-1btg)

Serunding Ayam 500G

Serunding Ayam 500G

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

Dendeng Nyet Berapi by Khairulaming

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Sambal Bilis Rangup (200gram)

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Must Watch Video

Advertisement