Skip to main content

Selebriti

Nafi Cari 'Publisiti' Demi Rumah Baru, Uqasha Senrose Hanya Mahu Besarkan Anak - "Awak Siapa Nak Pertikaikan..."

Uqasha rumah

Sekilas

  • Uqasha Senrose menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia menggunakan publisiti murahan untuk membeli rumah baru.
  • Pelakon itu menegaskan rumah tersebut dibeli hasil usaha sendiri demi membesarkan anaknya, Hawra Uqaira.
  • Uqasha juga mengakui dirinya manusia biasa yang belajar dari kesilapan dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja.

Pelakon, Uqasha Senrose meluahkan rasa kecewa apabila ada netizen yang mendakwa dirinya menggunakan publisiti murahan demi membeli rumah baharu.

Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen menepis dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa tujuan dirinya membeli rumah tersebut adalah demi membesarkan anak kesayangannya, Hawra Uqaira.

Katanya lagi, rumah berkenaan merupakan hasil titik peluhnya sendiri dan tiada kaitan dengan publisiti seperti yang diperkatakan netizen.

"Apa kena mengena dengan beli rumah. Nak tuduh pun kena guna otak, Allah bagi akal untuk berfikir.

"Sekurang-kurangnya saya beli rumah dengan duit rezeki saya sendiri dan tenaga yang Allah izinkan. Awak siapa nak pertikaikan keberkatan. Awak nak buat kerja Allah ke. Saya cari tempat untuk besarkan anak saya. Awak tiada belas kasihan ke. Ada saya curi duit orang," tulisnya.

Aktres drama Tundukkan Playboy itu turut berkata bahawa setiap perkara yang terjadi dalam hidupnya ada hikmah tersendiri dan akui bahawa dirinya hanyalah manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

"Kalau saya merentan sekalipun, yang penting Allah ada dan tunjuk jalan.

"Setiap yang berlaku ada hikmah. Saya hanya manusia biasa yang tak lepas dari buat kesilapan. Dari situ saya membesar dan belajar untuk jadi manusia yang lebih baik. Doa yang baik-baik sahaja," ujarnya.

Terdahulu, isu rumah tangga Uqasha Senrose dan Kamal Adli menjadi perhatian umum selepas beberapa pendedahan dibuat di mahkamah, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan rakan selebriti.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement