Skip to main content

Selebriti

Nafi 'Demand' Soal Bayaran, Ezaidi Aziz Akui Kekurangan Diri - "Kalau Tinggi, Bukan Saya Yang Deal"

Ezaidi Aziz

Sekilas

  • Pelakon Ezaidi Aziz menegaskan dia bukan seorang yang 'demand' tinggi dalam soal bayaran di industri hiburan.
  • Kebanyakan rundingan bayaran tinggi sebenarnya dibuat oleh pihak kedua dan ketiga, bukan oleh Ezaidi sendiri.
  • Ezaidi sentiasa terbuka untuk berbincang mengenai bayaran dan sedar akan kedudukan serta pengalaman dirinya yang masih baharu dalam industri.

Pelakon, Ezaidi Aziz menegaskan bahawa dirinya bukanlah seorang yang ‘demand’ apabila melibatkan soal bayaran dalam industri hiburan.

Menurut Ezaidi, kebanyakan rundingan yang melibatkan kadar bayaran tinggi sebenarnya dilakukan oleh pihak lain dan bukan datang daripada dirinya sendiri.

"Saya sebenarnya tak kisah mengenai pembayaran. Itu semua adalah rezeki. Kebanyakan yang cakap saya 'demand' tinggi itu sebenarnya bukan saya yang deal dengan mereka.

"Ia melibatkan pihak kedua dan ketiga. Tak sedap bila saya dapat tahu mengenai isu ini," katanya kepada Gempak.

Ezaidi berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Gegar Vaganza 12 untuk mempromosikan drama terbaharunya iaitu Setiaku Berdiri di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan turut menegaskan bahawa dia sentiasa terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak berkaitan soal bayaran.

"Kadang-kadang apabila pembayaran itu rendah, saya akan cuba untuk berunding dengan mereka. Saya terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak.

"Saya akan kira segala perbelanjaan. Kalau ada pulangan balik pada saya pun sudah memadai sebab saya pun banyak komitmen," ujarnya.

Tambah Ezaidi, dia sedar akan kedudukan dan pengalaman dirinya yang masih baharu dalam industri, maka dia tidak pernah meletakkan permintaan bayaran yang terlalu tinggi.

"Saya tidaklah 'demand' tinggi sebab saya pun sedar diri. Pengalaman saya pun masih baharu. Saya pun banyak rujuk rakan-rakan artis yang lain," jelasnya.

Must-Watch Video

Advertisement