Berita
Nak Bergaya Manis Macam Neelofa Di Pagi Syawal? Jom Usha 4 Gaya Tudung Cantik Ini!
Semarak kehangatan Syawal semakin dirasakan oleh semua. Esok kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, pastinya semua tidak sabar untuk meraikan hari kemenangan.
Kaum wanita pasti menjadi individu yang paling sibuk di musim perayaan ini. Selain menyediakan juadah enak sempena Syawal, para ibu bersama gadis semestinya gigih menyediakan kelengkapan Hari Raya untuk keluarga serta kediaman masing-masing.
Namun begitu, kesibukan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk wanita melaram di pagi Hari Raya!
Busana Syawal yang cantik dan menawan seharusnya dipadankan dengan tudung yang menarik.
Buntu untuk menggayakan hijab di pagi Raya? Kami himpunkan empat gaya menarik pengacara dan pelakon Neelofa yang mungkin boleh menjadi inspirasi untuk wanita di luar sana bergaya manis di Aidilfitri.
1. Tudung Bawal
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/1gtl.jpg)
Siapa kata anda tak boleh bergaya dengan tudung bawal? Pastinya penampilan anda menyarungkan tudung bawal tidak kelihatan bosan jika anda menggayakannya seperti ini.
2. Tudung Instant
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2gtl.jpg)
Ini paling mudah! Tudung instant ini sememangnya sangat menyenangkan dan mudah dipakai serta cantik. Sarungkan sahaja, terus siap! Anda juga boleh melabuhkan bahagian hadapan atau belakang, mengikut gaya dan kesesuaian!
3. Shawl
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/naelofar10053.jpg)
Kurang masa untuk bersiap kerana sibuk melayan tetamu dan menyiapkan kelengkapan Syawal keluarga? Gayakan sahaja shawl! Penampilan anda pasti tidak pernah salah dengan shawl!
4. Turban
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/4gtl.jpg)
Mahu tampil dengan gaya berbeza? Gayakan sahaja turban! Gaya anda pasti kelihatan lebih 'bold' di pagi Syawal dengan menyarungkan turban!
Neelofa bakal menghangatkan sambutan Syawal anda menerusi drama bersiri Ti Amo Sweetheart 100 Hari, gandingannya bersama Zul Ariffin.A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Jangan lupa saksikan drama bersiri arahan Michael Ang ini pada jam 7 malam, bermula 1 Syawal (15 Jun) sehingga 5 Syawal (19 Jun) di Astro Ria, Astro Ria HD dan Astro Raya HD.
Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Naelofar Hijab - Koleksi #NaelofaRaya2018 #ShineOn - Bawal (Elsa), Instant (Alina), Shawl (Ameera) dan Be Lofa Turban Luxe
Must-Watch Video