Pelakon, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian apabila namanya menjadi topik hangat di Threads.
Menerusi satu hantaran, seorang individu membuat pertanyaan terbuka mengenai siapakah pelakon yang mampu menjamin kutipan box office mencecah puluhan juta ringgit di Malaysia.
"Pelakon lelaki dan wanita mana yang confirm filem lakonan mereka boleh box office dan kutipan berpuluh juta," tulis individu berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sepakat meletakkan nama Fazura bersama barisan pelakon popular tanah air.
"Wanita ialah Fazura dan lelaki ialah Zul Ariffin.
"Saya rasa Fazura dan Aaron Aziz atau Adi putra.
"Fazura, Shukri Yahaya.
"Fazura, Beto Kusyairy
"Fazura dan Farid Kamil," tulis netizen
Sebelum ini, bintang filem Pisau Cukur itu pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan dirinya sudah bersara daripada berlakon drama tempatan, sekali gus menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan peminat setia.
Kini, Fazura dilihat lebih aktif mengembangkan empayar perniagaan dan jarang tampil dalam sebarang projek drama mahupun filem.
Selebriti
Nama Jadi Sebutan! Netizen Sepakat Fazura Mampu...
