Sekilas
- Shila Amzah meminta orang ramai supaya tidak menggunakan gambar dan videonya untuk tujuan affiliate tanpa kebenaran.
- Video senaman yang dikongsinya sebelum ini hanyalah untuk perkongsian peribadi dan bukan untuk mempromosikan produk.
- Shila memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menggunakan gambar atau videonya tanpa izin.
Penyanyi, Shila Amzah meminta orang ramai supaya tidak menggunakan gambar dan videonya untuk tujuan 'affiliate' tanpa kebenaran.
Menurut Shila, video senaman yang dikongsinya sebelum ini hanyalah untuk perkongsian peribadi dan bukan bertujuan mempromosikan mana-mana produk.
“Tolong jangan ambil video dan gambar saya untuk affiliate. Saya memang ada mata-mata di semua platform. Saya jumpa siap korang. Saya cuma kongsi tetapi jenama itu saya tak endorse pun,” tulisnya.
Dalam masa sama, Shila turut memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menggunakan gambar atau videonya tanpa izin.
“Kalau ada yang ambil screenshot dan share video saya sebagai affiliate, nanti sampai surat cinta. Maaf, saya kena jadi tegas sikit.
“Apapun, selamat berdiet dan bersenam. Semoga Tuhan permudahkan urusan kalian,” ujarnya.