Skip to main content

Selebriti

Nazrief Nazri Mohon Maaf Guna Perkataan ‘B*hsia’, Akui Pemilihan Kata Kurang Sesuai – “Kita Tengok Siapa Yang Salah Nanti…”

Nazrief Nazri Mohon Maaf Guna Perkataan ‘B*hsia’, Akui Pemilihan Kata Kurang Sesuai – “Kita Tengok Siapa Yang Salah Nanti…”

Sekilas

  • Pelakon Nazrief Nazri memohon maaf atas kenyataan sensitifnya mengenai isu gangguan seksual yang melibatkan seorang artis terkenal.
  • Dia mengaku salah menggunakan perkataan 'bohsia' dan menegaskan tidak suka tuduhan tanpa bukti kukuh, terutama terhadap individu yang dikenali.
  • Nazrief menegaskan gangguan seksual adalah kesalahan serius, namun menuduh tanpa bukti juga tidak boleh dipandang ringan dan berharap keadilan akan ditegakkan.
Advertisement

Pelakon, Nazrief Nazri tampil memohon maaf selepas mengeluarkan kenyataan sensitif berhubung isu gangguan seksual membabitkan seorang artis terkenal yang tular, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Nazrief mengakui pemilihan perkataannya adalah kurang sesuai dan tidak sepatutnya menggunakan gelaran tersebut.

Advertisement

“Minta maaflah mengenai pemilihan perkataan saya. Memang tak patut saya panggil orang bohsia. Saya mengaku kesilapan saya,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Nazrief berkata dia kurang senang apabila seseorang dituduh tanpa bukti yang kukuh, terutama individu yang didakwa merupakan kenalannya.

“Tapi saya tak suka orang tuduh tanpa bukti. Yang dituduh pula, saya kenal orangnya bagaimana. Jadi, tidak mengapalah, kita tengok siapa yang salah siapa yang betul nanti. Saya okay sahaja untuk mengaku kesilapan saya jika saya salah. Peace,” ujarnya.

Advertisement

Dalam hantaran lain, pelakon drama Seribu Tahun itu turut menegaskan gangguan seksual merupakan satu kesalahan serius. 

Bagaimanapun, dia berpendapat tuduhan melakukan perbuatan tersebut tanpa bukti kukuh juga bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

“SA adalah satu kesalahan berat. Tetapi menuduh orang melakukan SA tanpa bukti kukuh adalah satu perkara yang lebih berat. Semoga keadilan berpihak pada pihak yang benar. Kalau betul dia salah, semoga Allah tunjuk,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement