Sekilas
- Datin Nelydia Senrose berkongsi ucapan hari jadi istimewa buat suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi, sambil memperkenalkan wajah anak sulung mereka, Diaz, selepas tiga bulan kelahiran.
- Nelydia meluahkan rasa syukur dan kebahagiaan kerana dapat menyambut hari jadi suaminya bersama keluarga kecil mereka yang kini lengkap dengan kehadiran anak.
- Pasangan ini berkahwin pada April 2019 dan mengumumkan kehamilan anak sulung mereka sempena ulang tahun perkahwinan ke-7 pada April lalu.
Pelakon, Datin Nelydia Senrose mencuri perhatian selepas menitipkan ucapan hari jadi buat suaminya, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Menerusi perkongsian di Instagram, Nelydia,32 menggangap sambutan ulang tahun kali ini sedikit berbeza dan bermakna buat mereka kerana mereka ditemani dengan kehadiran putera sulung, Diaz.
Lebih menarik, selepas tiga bulan menimang cahaya mata, Nelydia akhirnya berkongsi wajah si kecil itu, sekali gus mencetus rasa teruja dalam kalangan peminat.
“9 tahun lepas, hari jadi pertama saya dapat sambut dengan awak dan sekarang selepas 9 tahun, masih menyambut hari penting kamu. Cuma bezanya sekarang kita ada sambut dengan si kecil yang panggil awak daddy.
“Bersyukur saya dapat luangkan bersama dengan awak di sisi, melihat perkembangan diri awak, menyayangi awak dan mencipta kenangan bersama. Daripada lelaki yang saya jatuh cinta kepada suami saya dan sekarang ayah kepada anak-anak kita.
“Masyaallah, kalau lah dari dulu saya tahu hidup kita akan seindah ini. Terima kasih kerana beri saya banyak sebab untuk menghargai kehidupan yang kita kongsi sekarang,”tulisnya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif netizen dengan rata-rata meluahkan rasa gembira melihat wajah anak sulung pasangan berkenaan.
Pada April lalu, Nelydia berkongsi berita kehamilan anak sulung sempena ulang tahun ketujuh perkahwinan bersama Hafez.
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 6 April 2019.