Seorang wanita berusia 80 tahun terjerat dengan lelaki dikenali dalam talian yang mengaku dirinya sebagai angkasawan.
Nenek malang dari Pulau Hokkaido, Jepun itu diperdaya scammer tersebut setelah berkenalan pada Julai lalu.
"Lelaki itu mendakwa dia berada di angkasa lepas dan memerlukan bantuan oksigen segera. Scammer itu kemudiannya mendesak mangsa memindahkan wang berjumlah 1 juta yen (RM29,000).
"Wanita itu dipercayai tinggal berseorangan dan mula jatuh cinta dengannya setelah sering berkomunikasi," lapor media tempatan.
Susulan kes itu, pihak berkuasa memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada dengan individu yang dikenali di media sosial dan segera melaporkan kepada polis jika terdapat unsur scammer.
Menurut Bank Dunia, Jepun mempunyai populasi kedua tertua di dunia selepas Monaco dan golongan warga emas lebih mudah menjadi mangsa pelbagai sindiket penipuan terancang.
Sumber : Sinar Harian