Skip to main content

Antarabangsa

Netflix Disaman AS$105 Juta Selepas Salinan Filem Lakonan Nicolas Cage Hilang

Netflix Disaman AS$105 Juta Selepas Salinan Filem Lakonan Nicolas Cage Hilang

Sekilas

  • Netflix berdepan saman AS$105 juta selepas didakwa kehilangan salinan digital filem "Fortitude" yang dibintangi Nicolas Cage dan Ben Kingsley.
  • Penerbit filem, Simon Afram, mendakwa kehilangan itu menjejaskan nilai komersial dan usaha menjual hak pengedaran filem tersebut.
  • Netflix menafikan tuntutan itu, menjalankan siasatan dalaman, dan tiada bukti filem tersebut tersebar di laman cetak rompak setakat ini.
Advertisement

Netflix berdepan tuntutan saman sekurang-kurangnya AS$105 juta (kira-kira RM470 juta) selepas didakwa berhubung kehilangan salinan digital filem baharu "Fortitude" di pejabat syarikat itu di Hollywood, lapor Amanz.

Menurut dokumen mahkamah, penerbit filem berkenaan, Simon Afram, mendakwa salinan induk digital filem thriller Perang Dunia Kedua yang dibintangi Nicolas Cage dan Ben Kingsley itu dihantar kepada Netflix pada Jun lalu bagi tujuan penilaian hak pengedaran dan tayangan.

Saman itu mendakwa Netflix gagal memulangkan semula storan Digital Cinema Package (DCP) yang diserahkan kepada syarikat berkenaan sebelum seorang eksekutifnya memaklumkan menerusi e-mel bahawa pemacu digital itu telah dicuri bersama beberapa pemacu lain dari meja pejabat.

Advertisement

Afram, yang dilaporkan melabur lebih AS$45 juta dalam pembikinan filem itu sepanjang tempoh tujuh tahun, berhujah bahawa kehilangan salinan berkenaan telah menjejaskan nilai komersial filem tersebut serta menyukarkan usaha menjual hak pengedarannya kepada mana-mana pihak.

Menurut tuntutan itu, bakal pengedar mungkin enggan memperoleh filem berkenaan kerana bimbang salinan yang hilang berpotensi disebarkan melalui laman cetak rompak pada bila-bila masa.

Bagaimanapun, Netflix mempertikaikan tuntutan tersebut dan menegaskan syarikat itu tidak seharusnya menanggung risiko kehilangan fail yang dihantar tanpa perlindungan keselamatan standard industri.

Netflix turut memaklumkan bahawa ia telah menjalankan siasatan dalaman dan memantau laman cetak rompak bagi mengesan sebarang pengedaran atau penjualan tidak sah filem berkenaan.

Dalam kenyataannya, syarikat itu turut mendakwa firma guaman yang mewakili Afram cuba memeras ugut Netflix dengan menuntut pampasan lebih tinggi sebelum kes dibawa ke mahkamah, dakwaan yang dipertikaikan pihak plaintif.

Setakat ini, tiada bukti menunjukkan filem "Fortitude" telah tersebar di internet atau di laman cetak rompak.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement