Skip to main content

Selebriti

Netizen Korek Video Lama, Zarif Ghazzi Akui Tak Selesa - “Ia Beri Peringatan Untuk Saya…”

Netizen Korek Video Lama, Zarif Ghazzi Akui Tak Selesa - “Ia Beri Peringatan Untuk Saya…”

Sekilas

  • Pelakon Zarif Ghazzi kurang selesa apabila video lamanya kembali tular di media sosial tetapi tidak kisah selagi privasi dirinya dan keluarga tidak diganggu.
  • Zarif menganggap kejadian itu sebagai peringatan untuk lebih berhati-hati berkongsi sesuatu di media sosial dan melakukan refleksi diri.
  • Dalam perkembangan lain, Zarif diumumkan sebagai duta jenama Toujours Advanced untuk tahun 2027, mempromosikan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan.
Advertisement

Pelakon, Zarif Ghazzi mengakui kurang selesa apabila video lamanya kembali tular di media sosial.

Bagaimanapun, pemilik nama penuh Zarif Farahi Effie Ghazzi berkata dia tidak kisah selagi perkara itu tidak mengganggu privasi dirinya dan keluarga.

Advertisement

“Sejujurnya, saya amat hargai bila orang nampak apa yang kita buat. Alhamdulillah sekarang tiada lagi yang sampai tahap ganggu privasi saya cuma video lama saya banyak keluar di sosial media itu saya kurang selesa.

“Tetapi asalkan ia tidak mengganggu keluarga dan privasi saya, saya okay sahaja. Alhamdulillah, saya belum lagi jumpa yang depan-depan sampai tahap obses dan stalk saya. Pengurusan saya pun memang ambil berat mengenai perkara itu,” katanya kepada Gempak.

Zarif berkata demikian ketika menghadiri majlis pengenalan duta baharu Toujours di Ruuma Cafe, Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada Jumaat.

Advertisement

Dalam masa sama, pelakon drama KUDRAT 1968: High Council itu menganggap perkara berkenaan sebagai peringatan untuk dirinya agar lebih berhati-hati ketika berkongsi sesuatu di media sosial.

“Sejujurnya, itu adalah peringatan buat saya bila saya buat sesuatu, itu apa yang saya dapat pada masa hadapan. Ia beri peringatan untuk saya tidak buat lagi perkara seperti itu.

“Secara peribadi, bila tengok balik video itu, saya akan tarik nafas dalam-dalam dan banyakkan refleksi diri. Bagi saya, memang ia tak selesa tapi lebih kepada peringatan,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Toujours Advanced secara rasmi mengumumkan Zarif Ghazzi sebagai duta jenama terbaharunya bagi tahun 2027 menerusi sidang media yang berlangsung pada 23 Oktober 2026.

Kerjasama ini merupakan langkah baharu buat Toujours Advanced dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan dan kesejahteraan sebagai sebahagian daripada rutin harian, sekali gus menggalakkan orang ramai untuk lebih konsisten menjaga diri.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Nike Heritage Total 90 Crossbody Bag (4L) - Black [IH7551-010]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Finish Loose Powder [#1 FAIR 8g, #2 MEDIUM 8g, #Brightening 01 FAIR - MEDIUM 9g]

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

《Mega Deal》Cartoon Animal Insulated Lunch Bag Reusable Lunch Box Bag Thermal Bag Suitable For Adults Children

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Must Watch Video

Advertisement