Sekilas
- Fatin, isteri kepada pempengaruh Prince Syed, menafikan memakai perhiasan jenama Margova dan menjelaskan ia adalah koleksi Swarovski.
- Prince Syed turut mengesahkan koleksi tersebut adalah Millenia dan menasihatkan netizen supaya tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi mereka.
- Netizen pula mendakwa perhiasan itu boleh didapati di Shopee dengan harga lebih murah, menimbulkan keraguan tentang jenama sebenar barang tersebut.
Isteri kepada pempengaruh dan usahawan sensasi, Prince Syed iaitu Fatin tampil menafikan dakwaan bahawa dirinya memakai jenama Margova.
Menerusi perkongsian video di media sosial, Fatin menjelaskan bahawa perhiasan yang dipakainya sebenarnya merupakan koleksi daripada Swarovski susulan pertanyaan seorang netizen.
Dia turut menyatakan bahawa dirinya enggan melayan netizen yang didakwa bersikap toksik.
"Swarovski eh kau ada. Malas layan mereka. Sangat toksik," kata Fatin
Sementara itu, Prince Syed turut tampil menjelaskan koleksi yang dipakai isterinya sambil menitipkan pesanan kepada netizen agar tidak terlalu mengambil tahu hal peribadi mereka hanya untuk dijadikan bahan ejekan.
"Ini koleksi Millenia. Set sekali dengan cincin. Kalau rasa tak tahu, tak perlu ambil tahu. Kita rasa kesian kat netizen sebab kalian nak jadikan kami sebagai orang kaya di alam sana dan kami tak koyak seperti spender kau," ujar Prince Syed.
Bagaimanapun, ada netizen mendakwa perhiasan tersebut bukan daripada jenama berkenaan, sebaliknya boleh didapati di platform jual beli terkenal iaitu Shoppe dengan harga lebih murah.
"Macam sama, macam tidak.
"Shoppe jual RM149 Je.
"Kenapa yang dia pakai tu nampak murah.
"Kat shopee banyak design macam tu," komen netizen
Sumber: Threads