Skip to main content

Selebriti

Netizen Terhibur Teman Lelaki Buat 'Boxer' Siap Ada Muka Yazmin Aziz - "I Kennot La This Couple"

Yazmin Aziz dan boyfie boxer.

Penyanyi dan pempengaruh, Yazmin Aziz menerima kejutan dari kekasihnya, Simon Joseph Javier sempena hari 'monthsary' hubungan mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram milik Joseph, Yazmin atau nama penuhnya Yazmin Aldwin Abdul Aziz menerima sejambak bunga beserta beberapa barang keperluan diri seperti seluar, selimut dan bantal.

Advertisement

Namun apa yang mencuit hati apabila setiap barang yang diberikan itu memiliki wajah Yazmin.

Lebih menarik, Joseph turut mempamerkan boxer yang dipakainya dan wajah Yasmin juga dilihat terpampang di seluar dalam Joseph sehingga menyebabkan Yasmin ketawa tidak kering gusi.

"Kejutan besar. Tunggu sampai akhir video. Yasmin sangat gembira dengan hadiah saya. Saya sayang awak dan saya harap awak suka," tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan momen istimewa pasangan kekasih itu dan memuji hubungan mereka yang dilihat amat serasi dan sepadan.

"Haha comelnya, saya hanya mampu tersenyum melihat video ini.

"Omg hahaha, saya tak boleh la tengok kamu berdua ni.

"Haha comelnya, pasangan yang sangat sempurna.

"Comelnya, bila awak sayangkan seseorang, awak akan buat segalanya dmei mereka," komen netizen.

Sebelum ini, Yazmin meraih perhatian ramai apabila dikatakan sedang bercinta dengan pencipta kandungan asal Filipina beragama Kristian.

Difahamkan, Simon masih bujang dan belum berkahwin namun memiliki seorang anak perempuan yang dikenali sebagai Sapphire Love Javier.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement