Skip to main content

Selebriti

Netizen Terhibur Tengok Aliff Syukri Merajuk Tak Dapat Buat Live - "Datin Marah Untuk ..."

Aliff Syukri Merajuk Kena Marah

Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida sekali lagi menjadi perhatian selepas tindakannya memarahi suami kerana berkeras mahu membuat siaran langsung jualan di TikTok.

Menerusi perkongsian di Threads, Shahida mendedahkan Aliff akhirnya tertidur selepas merajuk apabila tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

"Malam tadi lepas keluar OT sampai tak bercakap langsung menahan sakit.

"Pagi ni dia bangun seawal 5.30 pagi. Selepas itu, cari PA nak buat live. Minta maaf ya kena garang sikit bukan jadi isteri derhaka. Terus tidur balik merajuk punya pasal," tulis Shahida.

Perkongsian itu mencetuskan reaksi ramai apabila netizen terhibur melihat ketekunan Aliff yang masih bersemangat mahu berniaga meskipun sedang dalam fasa pemulihan.

Dalam masa sama, rata-rata memuji tindakan Shahida yang tegas menghalang demi kebaikan suaminya.

"Ya allah papa rehat dulu ya, Nanti dah sihat sambung live dengan Amayan.

"Bagus datin. Biarlah pekerja yang buat live. Bagi datuk rehat dulu.

"Haha papa dah kena marah ke tu. Bukak mata live.

"Ketagih la ni. Nak buat live je sampai dah jadi habit.

"Datin marah untuk kebaikan datuk. Segera sembuh datuk," komen netizen

Sebelum ini, Shahida pernah memaklumkan bahawa suaminya menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta susulan kecederaan lama akibat kemalangan tiga tahun lalu, apabila terjatuh motosikal ketika menuruni bukit di kebunnya.

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement