Skip to main content

Selebriti

Netizen Terpegun Tengok Rumah Mewah Di Kejiranan Aliff Syukri - "Memang Kawasan Orang..." -

Jiran Aliff Syukri Kaya

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik perkongsian tentang rumah-rumah di kejiranannya yang serba mewah dan besar.

Menerusi perkongsian di Threads, Aliff bersama keluarganya dilihat berjalan-jalan sambil menunjukkan kediaman eksklusif di kawasan berkenaan.

Advertisement

"Papa akan kongsikan rumah jiran papa, semoga menjadi inspirasi untuk korang semua," tulis Aliff.

Menurutnya, kecantikan rumah adalah bersifat subjektif dan bergantung kepada citarasa masing-masing.

"Kita tak boleh komen besar dan kecik. Itu adalah subjektif. Kebanyakkan rumah di sini berbeza," ujar Aliff dan isterinya, Nur Shahidah.

Dalam video yang sama, pengasas tagline “Terlajak Laris” itu turut menzahirkan rasa syukur dapat tinggal di kawasan yang tenang meskipun terletak di bandar.

Aliff turut mendoakan mereka yang memasang impian untuk memiliki rumah sebegitu agar termakbul suatu hari nanti.

"Kawasan persekitaran dia memang selesa dan kereta pun tidak banyak. Dekat sini memang jem tetapi area rumah ini sangat tenang. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi pada mereka yang ingin tinggal di sini dan semoga doa anda termakbul," kata Aliff.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun melihat deretan rumah mewah itu malah ada yang turut berkongsi pengalaman melalui kawasan perumahan berkenaan.

"Cantik.

"Memang Kawasan orang kaya Kota Dam ni. Rumahnya besar-besar. Saya pernah hantar order dekat rumah Cina berdekatan rumah datuk.

"Selalu running antara rumah dan pejabat Aliff ini.

Terdahulu, Aliff pernah mengakui berasa terbeban memiliki kediaman mewah kerana perlu memperuntukkan kos yang tinggi bagi urusan penjagaan rumah tersebut.

Malah, usahawan itu juga kerap dilihat membuat siaran langsung di TikTok bagi menampung perbelanjaan dirinya dan keluarga.

Kegigihannya turut menjadi perhatian netizen apabila tetap bertegas mahu meneruskan TikTok Live meskipun sedang menerima rawatan di hospital selepas menjalani pembedahan susulan kecederaan lama akibat kemalangan tiga tahun lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement