Skip to main content

Berita

Nyaris Maut, Wanita Selamat Selepas Kereta Dihempap Runtuhan Binaan di MRR2

Kereta hempap

Sekilas

  • Seorang wanita hampir maut selepas keretanya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Jalan MRR2 pada petang Selasa.
  • Orang awam berjaya mengeluarkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba di lokasi sekitar jam 2.14 petang.
  • Operasi penyelamatan melibatkan tujuh anggota bomba dan siasatan punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Seorang wanita nyaris maut selepas kenderaannya dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Jalan MRR2 pada petang Selasa. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata mangsa, Gogilavani Ponnar, dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Jelas beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi, dan pasukan tiba pada jam 2.14 petang.

"Jentera pertama tiba pada pukul 2.14 petang, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta Suzuki Swift," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Kata Ahmad Mukhlis, operasi itu disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Beliau memberitahu, siasatan mengenai punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan.

Sumber: Astro AWANI

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement