Skip to main content

Selebriti

"Orang Sekarang Dah Normalisasikan Budaya Sesat" - Ika Nabila Bimbang Penerimaan Golongan Songsang

Ika nabella

Sekilas

  • Ika Nabella meluahkan kebimbangan terhadap anggapan sesetengah masyarakat yang percaya perasaan songsang adalah pemberian Tuhan.
  • Beliau menegaskan Allah memberi pilihan kepada manusia untuk bertaubat dan mengingatkan kisah kaum Soddom dan Gomorrah sebagai peringatan.
  • Serbuan di sebuah spa di Chow Kit mendedahkan aktiviti tidak bermoral golongan lelaki songsang yang menggunakan bilik khas ‘dark room’ untuk melampiaskan nafsu.

Penyanyi dan pelakon Ika Nabella meluahkan rasa kerisauan apabila wujud segelintir masyarakat yang beranggapan bahawa perasaan songsang itu lahir daripada pemberian tuhan.

Menerusi perkongsian di Threads, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim menegaskan bahawa perkara tersebut tidak boleh dipandang ringan.

Baginya, Allah sentiasa memberikan pilihan kepada manusia sama ada mahu terus hanyut dalam emosi yang mengaburi pertimbangan atau kembali bertaubat padanya.

"Tak lawak. Ini sangat merisaukan. Ada yang siap tulis Allah hadirkan perasaan songsang itu. Perasaan apa yang kita tak rasa? kita kan manusia. Kadang emosi sendiri pun buat kita hilang pertimbangan tapi Allah bagi kita pilihan," katanya

Pelakon drama Awak Sangat Nakal itu turut meluahkan rasa takut apabila teringat kisah Kaum Soddom dan Gomorrah yang dilaknat Allah kerana menyokong dan mengamalkan hubungan sejenis.

Katanya lagi, perkara ini semakin hari dilihat seolah-olah dinormalisasikan dalam masyarakat.

"Nauzubillah. Takutnya. Ingat semula kisah kaum Soddom dan Gomorrah yang terkenal dengan kemungkaran melampau dan apa jadi bila kaum tu tak tolak dakwah, ejek atau Bahasa kita sekarang yang dah 'normalised' budaya sesat ni. Ya, kita pendosa. Semoga kita tergolong dalam pendosa yang Kembali ke pangkal jalan," ujarnya.

Terdahulu, sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral telah terbongkar dalam serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.

Premis itu turut menyediakan bilik khas ‘dark room’ untuk pengunjung melampiaskan nafsu.


Sumber: Threads

Ketika serbuan dilakukan, beberapa pengunjung dilaporkan sedang menikmati kemudahan jakuzi dan sauna tanpa berpakaian sebelum menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement