berita

“Pakai Hanbok, Gaya Rambut Dan Perubahan Nada Suara” – Cha Eun Woo Terpesona Berlakon Drama Bersejarah

gempak
Mya Amri
21/10/2019
11:00 MYT
Sponsor Banner
“Pakai Hanbok, Gaya Rambut Dan Perubahan Nada Suara” – Cha Eun Woo Terpesona Berlakon Drama Bersejarah
Penyanyi dan pelakon Korea Cha Eun Woo akui terpesona membawakan watak Yi Rim menerusi drama terbarunya, Rookie Historian Goo Hae Ryung.
Menurut Eun Woo, terdapat beberapa perbezaan ketika dia melakonkan watak Yi Rim dalam drama bersejarah itu.
“Saya rasa perbezaan utamanya terletak dari segi penampilan. Terdapat sesuatu yang agak berlainan apabila saya berlakon dalam drama sejarah di mana saya perlu memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok dan juga cara rambut saya digayakan.
“Tetapi apabila saya berlakon dalam drama moden, saya hanya perlu memakai pakaian moden. Sebenarnya banyak lagi perbezaan antaranya dari segi perubahan nada suara dan juga karakter yang saya lakonkan,” katanya.
Cha Eun Woo berkata demikian dalam satu temubual eksklusif bersama Gempak baru-baru ini.
Selain itu, Eun Woo juga menyatakan amat menyukai watak Yi Rim yang diberikan kepadanya.
“Saya menerima tawaran untuk berlakon dalam drama berbentuk sejarah ini kerana saya ingin mencuba sesuatu yang baru.
“Saya juga begitu terpesona dengan watak Yi Rim selepas membaca skrip dan juga sinopsisnya. Rasanya, saya memang sangat tertarik dengan watak tersebut,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Cha Eun-Woo bakal hadir ke Malaysia sempena siri jelajah 2019 CHA EUN-WOO 1st Fan Meeting Tour [JUST ONE 10 MINUTE] In KUALA LUMPUR pada 27 Oktober 2019 bertempat di Dewan Wawasan, Menara PGRM, jam 6 petang
Tiket konsert dijual pada harga RM673 (Zon AROHA), RM543 (Zon Merah), RM453 (Zon Kuning), RM363 (Zon Ungu) dan RM243 (Zon Hijau).
Untuk perkembangan lanjut, layari www.macpieticketing.com.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live