Skip to main content

Viral

"Papa Rehat Ye Dekat Sana, Mama & Anak-Anak Kirim Doa"

Astro Gempak maut campak

Sekilas

  • Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah di Jalan Raya Barat, Klang.
  • Isteri mangsa berkongsi luahan pilu dan doa di WhatsApp, mendapat simpati serta kemarahan netizen terhadap pemandu mabuk tersebut.
  • Pemandu kereta berusia 20-an ditahan reman empat hari untuk siasatan lanjut berikutan kejadian yang berlaku pada pukul 11.40 pagi.
Advertisement

“Papa rehat ye dekat sana. Mama dan anak-anak akan sentiasa kirimkan doa buat papa.”

Itu luahan pilu isteri penunggang motosikal yang maut dilanggar pemandu kereta yang berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang semalam.

Luahan berserta gambar mangsa sekeluarga yang dimuat naik di status WhatsApp ‘Kak Nadia’ itu dipercayai milik isteri mangsa.

Advertisement

Dalam kejadian tragis pada pukul 11.40 pagi itu, mangsa dikatakan tercampak ke atas bumbung kereta lain selepas dilanggar sebuah kenderaan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Semoga papa ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya menerusi perkongsian tangkap layar status WhatsApp.

Perkongsian itu dihujani komen daripada orang ramai dengan rata-rata mereka meluahkan rasa marah terhadap pemandu mabuk tersebut sehingga menyebabkan individu lain menjadi mangsa.

“Al-fatihah. Kerana pemabuk anak hilang bapa,” ujar seorang pengguna.

“Dah banyak kes mabuk dan khayal dadah langgar orang sampai meninggal dunia, kasihan orang yang bawa (kenderaan) elok-elok (berhemah) kena (jadi mangsa) dengan manusia yang pentingkan diri,” komen @Mad_eim.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pemuda berusia dalam lingkungan 30-an melambung sebelum tercampak atas kereta dalam kejadian kemalangan di Klang.

Siasatan awal polis mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menghala ke bandar Klang itu dipandu laju dan berbahaya.

Susulan itu, pemandu kereta tersebut ditahan reman selama empat hari bermula hari selepas permohonan dibenarkan Majistret Siti Zubaidah Mahat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini. KOSMO! ONLINE

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement