Skip to main content

Viral

Pasangan Didakwa Lakukan Aksi Tidak Senonoh Atas Katil Pameran

Pasangan Didakwa Lakukan Aksi Tidak Senonoh Atas Katil Pameran

Sekilas

  • Sepasang kekasih di IKEA Taiwan mencuri perhatian selepas berbaring dan bercumbu di katil pameran tanpa segan silu di hadapan pelanggan lain.
  • Insiden itu menjadi viral selepas seorang wanita berkongsi kejadian tersebut di platform Threads, menegur pasangan itu kerana tidak menghormati pelanggan lain termasuk kanak-kanak.
  • Rata-rata netizen mengecam tindakan pasangan tersebut yang dianggap melanggar etika dan adab di tempat awam.
Advertisement

Sepasang kekasih mencuri perhatian di IKEA Taiwan selepas menjadikan katil pameran sebagai 'ruang peribadi' mereka apabila berbaring sambil bercumbu di hadapan pelanggan lain tanpa segan silu.

Insiden itu menjadi perbualan hangat dalam talian selepas seorang wanita berkongsi aksi menjengkelkan tersebut di platform Threads.

Advertisement

"Pasangan berkenaan langsung tidak menghiraukan pelanggan lain termasuk kanak-kanak di sekeliling mereka," menurutnya.

Pakaian kekasih lelaki itu yang agak mencolok mata menyebabkan beberapa pelanggan memandang ke arah mereka.

"Orang ramai perlu menjaga batas dan adab ketika berada di tempat awam. Mana-mana pasangan yang mahu bermesra sepatutnya pulang ke rumah, pergi ke kereta atau menyewa bilik," menurut catatan wanita itu yang turut mempersoalkan sama ada kakitangan IKEA akan mengambil tindakan sekiranya menyaksikan tingkah laku seperti itu.

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dalam talian dengan kebanyakan pengguna mengecam pasangan berkenaan 'secara berjemaah' kerana dianggap tidak menghormati etika di tempat awam. - Agensi

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement