Skip to main content

Antarabangsa

Pelajar 13 Tahun Bunuh Rakan Sekelas, Makan Daging Mangsa 'Kerana Ingin Tahu'

DGGR

Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun di Ismailia, Mesir, ditahan selepas membunuh dan memakan sebahagian tubuh rakan sekelasnya dalam kejadian ngeri yang berlaku pada pertengahan Oktober lalu.

Menurut laporan media tempatan, suspek yang dikenali sebagai Youssef A. memukul mangsa, Mohamed A.M., menggunakan kayu sehingga mati sebelum memotong mayatnya dengan gergaji elektrik.

Advertisement

Difahamkan, suspek memanggil mangsa ke rumahnya sebelum bertindak menyerang dan membunuhnya. Beberapa bahagian tubuh mangsa ditemui berhampiran pusat beli-belah, di bawah jambatan dan di kawasan lapang.

Ketika disoal siasat, remaja itu mengaku memakan sebahagian tubuh mangsa 'atas rasa ingin tahu' dan menggambarkan rasa daging manusia itu 'seperti ayam goreng berempah'.

Polis berkata, Youssef mendakwa dia terpengaruh dengan filem dan permainan video ganas yang ditontonnya.

Suspek kemudian diarahkan untuk melakonkan semula perbuatannya bagi membantu siasatan, sementara ujian psikologi dan toksikologi turut dijalankan terhadapnya.

Mangsa telah dikebumikan selepas solat jenazah di Masjid Al-Matafi dengan kehadiran ratusan penduduk setempat yang menyatakan rasa marah dan sedih atas kejadian itu.

Kes itu mencetuskan perdebatan luas di Mesir mengenai pengaruh kandungan ganas terhadap kanak-kanak serta keperluan pengawasan ibu bapa terhadap aktiviti dalam talian anak-anak mereka.

Sumber: BHONnline

Must-Watch Video

Advertisement