Skip to main content

Berita

Pelajar Didakwa Pijak Al-Quran Dibuang Universiti - “Pihak Universiti Tak Akan Berkompromi & Berharap Keputusan Ini Dijadikan Pengajaran”

Pelajar

Sekilas

  • Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dikenakan hukuman dibuang universiti selepas didapati bersalah memijak kitab suci al-Quran dalam satu proses tatatertib.
  • Keputusan hukuman dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA pada 9 Mac 2026 mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Tatatertib pelajar) 2024.
  • Pelajar terbabit juga sedang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen atas dakwaan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik di media sosial, namun mengaku tidak bersalah.

Pelajar sebuah universiti tempatan yang didakwa memijak kitab suci al-Quran telah dikenakan hukuman dibuang daripada institut pendidikan pengajiannya.

Keputusan itu dibuat selepas satu proses tatatertib di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) selesai dijalankan.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, pihak Jawatankuasa Tatatertib Pelajar UMPSA sudah bersidang pada 9 Mac lalu.

"Berdasarkan tindakan tatatertib, penuntut itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman dibuang daripada universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti Dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib pelajar) 2024" katanya.

Justeru, beliau berharap keputusan ini menjadi satu pengajaran kepada semua warga universiti sama ada pelajar mahupun staf.

"UMPSA bertegas tidak akan berkompromi dengan penyebaran kandungan yang menghasut kebencian mengaitkan 3R sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan menggugat keharmonian awam di negara ini," katanya.

Pada 3 Mac lalu, pelajar terbabit didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan melakukan hantaran komunikasi jelik melampau di media sosial bulan lalu.

Bagaimanapun, S Vikneswaran, 21 mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan terbabit.

Sumber: Berita Harian

Anda mungkin berminat dengan

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

BUKIPET Mafaza Raya Dress Series

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Sejadah baldu gebu tebal 5D

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

YAN@YAN Kurung Moden Sulam Lembut – Ayu & Sopan Bergaya-8319

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

The Lutfi Chili Oil with Crispy Garlic

Must-Watch Video

Advertisement