Skip to main content

Selebriti

Pelakon Baru Didakwa 'Demand' Tinggi, Nelissa Nizam; "Nanti Kalau Orang Tak Panggil Awak Tak Boleh Marah"

Nelissa Nizam

Pelakon, Nelissa Nizam berpandangan bahawa nilai bayaran seseorang pelakon terletak pada diri masing-masing dan tidak seharusnya dipertikaikan secara terbuka.

Menurut Nelissa, jika seseorang pelakon meletakkan bayaran yang tinggi, ia adalah hak dan nilai yang ditetapkan oleh individu tersebut.

"Semua terserah pada diri sendiri. Jika mereka nak 'demand' itu adalah nilai mereka. Tak perlu nak marah. Kalau rasa tak mahu ambil, tak perlu ambil. Kalau nak marah atau mengadu kena fikir dulu siapalah kita untuk merendahkan nilai seseorang," katanya kepada Gempak.

Nelissa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran HER Series: Preview High Tea di Royal Chulan Kuala Lumpur pada Rabu.

Aktres drama Dia Semanis Honey itu turut menegaskan bahawa pelakon dan pihak produksi perlu sentiasa berbincang serta bertolak ansur, selain jelas dengan keutamaan masing-masing dalam menentukan hala tuju kerjaya.

"Memang kena berbincang dengan produksi juga dan lihat juga apa yang awak nak sama ada peluang, kerja atau duit yang banyak. Semua berkait," jelasnya.

Dalam pada itu, Nelissa mengingatkan bahawa bayaran yang tinggi perlu seiring dengan hasil kerja serta sikap yang baik di set penggambaran.

"Kalau mahal tetapi kelakuan teruk tak guna juga. Semua kena selari, ikut awak nak letak harga berapa pun tapi tengokla kerja apa yang awak dapat.

"Awak kena tau juga awak boleh beri pulangan apa supaya nilai itu setara dengan hasil kerja. Kalau orang tak panggil, awak tak boleh marah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Nelissa turut melancarkan koleksi perniagaannya menerusi HER Series: Preview High Tea yang bakal tampil dengan empat episod sepanjang tahun ini.

Episod pertama koleksi tersebut menampilkan Nelissa sendiri dengan pemilihan warna merah 'bold' yang melambangkan keyakinan serta semangat 'women empowerment'.

Must-Watch Video

Advertisement