Skip to main content

Berita

Pelakon Wanita, Suami Turut Disiasat Tipu Tawaran Darjah Kebesaran

Aza

Sekilas

  • Pelakon wanita dan suaminya kini disiasat atas kes penipuan mendapatkan darjah kebesaran palsu yang menyebabkan kerugian RM23,120.
  • Mangsa, seorang pesara kerajaan, membuat enam transaksi pembayaran dari Januari hingga November 2025 sebelum menyedari dirinya ditipu.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, selepas mereka juga direman berkaitan kes penipuan jual beli tanah lot kurniaan tidak wujud bernilai RM1.5 juta.

Pelakon wanita dan suami yang sebelum ini ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes tipu jual beli tanah, kini disiasat berkaitan penipuan untuk mendapatkan darjah kebesaran sebuah negeri yang tidak wujud melibatkan kerugian RM23,120.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 18 Dis tahun lepas dengan mangsa merupakan pesara kerajaan ditawarkan untuk mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran “Datuk”.

“Dia kemudian membuat transaksi pembayaran sebanyak enam kali bermula Januari hingga November 2025 membabitkan jumlah tersebut sebelum menyedari ditipu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Sekyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan pelakon berkenaan dan suaminya, direman tiga hari sebelum disambung sehari lagi hingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan urusan penjualan tanah lot kurniaan tidak wujud melibatkan kerugian RM1.5 juta.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement