Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Pelawak Baru Banyak Menyusahkan Kami - Tauke

Rozaimi Zubaidi
28/03/2017 06:08 MYT
Peserta Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM2017) Tauke akui tertekan dengan kehadiran pelawak baru dalam industri lawak di Malaysia.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria berkata, pelawak baru telah memberi persaingan hebat melalui idea-idea mereka yang kreatif dan segar untuk setiap persembahan.

"Kehadiran pelawak baru ini banyak menyusahkan kami sebagai pelawak-pelawak yang berpengalaman dalam industri.

"Kemunculan mereka telah menyebabkan kami harus berkerja keras mencari idea yang lebih segar dan berkualiti untuk bersaing di pentas MLM 2017.

"Mereka telah memberi saingan hebat kepada pelawak-pelawak lama dan kami harus untuk melakukan sesuatu yang lebih bagus daripada mereka.

"Jadi dengan kehadiran mereka secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu persembahan para peserta melalui idea yang kreatif untuk menentukan siapa yang terbaik," katanya kepada Astro Gempak.

Untuk Mengundi Kumpulan Nice Melalui Undian SMS Di Maharaja Lawak Mega 2017

Taip ML<jarak>Nama peserta atau ML3/5/10/20<jarak>Nama peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777.

MLM 2017 diterajui Datuk AC Mizal sebagai hos dan menampilkan empat juri tetap iaitu Datuk Rosyam Nor, Luna Maya, Najip Ali dan Neelofa .

MLM 2017 bersiaran secara langsung dari Royal Theater Shah Alam pada setiap Jumaat, pukul 10 malam dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

Untuk melihat berita terkini dan video menarik tentang MLM 2017 layari MAHARAJA LAWAK MEGA.

Untuk mengundi Gempak Man Of The Match, sila KLIK DI SINI .

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#MLM2017 #Kumpulan Nice #Tauke
;