Skip to main content
Advertisement

Berita

Pemandu Lori Didakwa Akibatkan Kematian 4 Individu, Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara Hingga 40 Tahun

Pemandu Lori Didakwa Akibatkan Kematian 4 Individu, Berdepan Hukuman Mati Atau Penjara Hingga 40 Tahun

Sekilas

  • Seorang pemandu lori, Zulkarnain Md Noh, didakwa atas empat pertuduhan membunuh selepas kemalangan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu.
  • Kes berkenaan dibicarakan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah kerana tertuduh sedang menerima rawatan dan tiada pengakuan direkodkan.
  • Kemalangan itu melibatkan lori tangki yang hilang kawalan dan merempuh beberapa kenderaan, mengakibatkan empat kematian dan beberapa kecederaan.
Advertisement

Seorang pemandu lori didakwa atas empat pertuduhan membunuh empat individu dalam kemalangan di Kilometer 110.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada 31 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Zulkarnain Md Noh, 52, kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Prosiding pertuduhan berlangsung di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) kerana Zulkarnain kini sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Mengikut empat pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nuur Fakhizaa Abu Bakar, Zulkarnain didakwa menyebabkan kematian Muhammad Nazatullah Nazmi, Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, Muhammad Armaan Nazeef Muhammad Nazatullah dan Seow Beng Wai.

Kesemua perbuatan itu didakwa berlaku kira-kira pukul 10.30 malam di Kilometer 110.3 LPT arah timur pada 31 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan sekurang-kurangnya 12 kali jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Najimi Arif Nasarudin dan Anis Syakilla Zawawi, manakala Zulkarnain tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 12 November ini untuk serahan dokumen dan sebutan semula kes.

Dalam kejadian 1 September lalu, empat individu maut selepas sebuah lori tangki membawa muatan simen dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh beberapa kenderaan yang bergerak perlahan di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, tiga mangsa yang menaiki Proton S70 ialah pasangan suami isteri, Muhammad Nazatullah dan Nur Atiqah Sofiya serta anak lelaki mereka.

Seow Beng Wai pula merupakan penumpang sebuah Honda CR-V yang dipandu anaknya, Sebastian Seow Jhen, 18.

Sebastian dan pemandu lori tangki itu mengalami kecederaan parah dan menerima rawatan di HoSHAS, manakala pemandu serta penumpang lapan kenderaan lain termasuk bas ekspres, Toyota Hilux, Toyota Alphard dan lima kereta lain mengalami kecederaan ringan.

Sumber: Awani

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement