Ringkasan AI
- Pelakon Ezzanie Jasny meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang suka mencari kesalahan dan melaga-lagakan rakan artis.
- Dia menegaskan tidak pernah mengganggu hidup orang lain tetapi ada yang suka buat kesimpulan sendiri untuk memanaskan keadaan.
- Ezzanie berkata walaupun dia diam, masih ada yang cari bahan dan beri label negatif.
- Dia tidak terkesan dengan tindakan tersebut dan mengingatkan bahawa setiap perbuatan ada akibatnya.
- Sebelum ini, Ezzanie pernah dituduh cuba memandang rendah dan 'shading' pelakon lain di media sosial.
Pelakon Ezzanie Jasny meluahkan rasa kurang senangnya terhadap segelintir individu yang suka mencari kesalahan orang lain dan berniat untuk melaga-lagakan sesama rakan artis.
Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie atau Nur Ezzanie Sherazade Jasny berkata bahawa dia tidak pernah menggangu hidup orang, namun ada saja individu yang cuba membuat kesimpulan sendiri untuk memanaskan keadaan.
"Kadang-kadang orang ni suka sangat buat kesimpulan sendiri. Kita diam pun, dia cari juga benda nak panaskan. Lepas tu, pandai-pandai bagi label, ada je benda nak jadi bahan," tulisnya.
Bagaimanapun, aktres drama Impiana: Karma itu tidak terkesan dengan individu berkenaan dan sempat menitipkan pesanan bahawa setiap perbuatan pasti akan menerima akibatnya.
"Takpe saya okay je. Apa yang awak tulis, awak akan tanggung selamanya okey. Peace no war," ujarnya.
Sebelum ini, seorang pengguna di Threads mendakwa Ezzanie cuba memandang rendah kebolehan pelakon, Erysha Emyra secara terbuka selepas meninggalkan sebuah komen di media sosial.
Individu berkenaan kononnya mendakwa bahawa Ezzanie turut cuba untuk 'shading' pelakon lain.