Skip to main content

Selebriti

Peminat Meninggal Depan Mata Jadi Momen 'Gelap' Buat Adam AF - "Waktu Itu Saya Masih..."

Adam AF2 PEMINAT MENINGGAL DEPAN MATA

Bekas Bintang Akademi Fantasia 2 (AF2), Adam berkongsi berdepan pengalaman cemas apabila salah seorang peminatnya meninggal dunia ketika sesi bertemu peminat pada tahun 2004.

Menurut Adam, remaja perempuan yang dipercayai berusia belasan tahun itu amat teruja selepas menerima tandatangannya sebelum rebah di tempat kejadian.

Advertisement

Mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang dan disahkan meninggal dunia.

"Kita buat meet and greet. Selepas sahaja dia dapat sign, dia gembira dan terus terjatuh. Bila bawa pergi hospital, dia telah disahkan meninggal. Dia tak boleh terlalu rasa sedih dan terlalu gembira. Perempuan itu dalam lingkungan belasan tahun. Peristiwa ini berlaku ketika zaman kegemilangan saya, sebaik sahaja saya keluar AF dan album pertama saya tak keluar lagi ketika itu," katanya ketika ditemui Gempak.

Pelantun lagu "Hilang" itu berkata remaja terbabit juga tidak mempunyai sebarang rekod penyakit.

Pengalaman tersebut jelas memberi kesan besar kepadanya hingga kini kerana ketika itu usianya masih muda.

"Sangat beri kesan pada saya sehingga sekarang. Waktu itu saya masih budak, jadi amat terkejut," ujarnya.

Untuk rekod, Adam mula dikenali selepas meraih tempat ketiga dalam program Akademi Fantasia musim kedua.

Selain bergelar penyanyi dan pelakon, dia juga terbabit dalam bidang ciptaan lagu, penulisan lirik, pengarahan dan perniagaan.

Must-Watch Video

Advertisement