Skip to main content

Berita

Pempengaruh Paranormal Popular Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Pempengaruh Paranormal Popular Meninggal Dunia Selepas Terlibat Kemalangan

Sekilas

  • Jiang Xiaorou, pempengaruh China terkenal dengan kandungan paranormal, meninggal dunia pada 10 Ogos selepas sebulan dirawat di ICU akibat kemalangan jalan raya.
  • Keluarga Xiaorou mengesahkan berita kematian dan meminta orang ramai menghentikan spekulasi serta menghormati privasi mereka.
  • Xiaorou pernah mencetus kontroversi dengan video memecahkan patung Guanyin dan kandungannya sering mencabar kepercayaan karut.
Advertisement

Pempengaruh China yang terkenal dengan kandungan memburu hantu dan paranormal, Jiang Xiaorou dilaporkan meninggal dunia pada Isnin lalu selepas sebulan terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Xiaorou, 24, yang mempunyai lebih 1.5 juta pengikut dalam platform Douyin iaitu TikTok versi China, sebelum ini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada 15 Julai lalu.

Advertisement

Menurut laporan media antarabangsa, kemalangan tersebut berlaku ketika dia menaiki kenderaan e-panggilan dalam perjalanan antara bandar Liuzhou dan Guangzhou.

Berita kematiannya kemudian disahkan keluarga menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Douyin miliknya pada Selasa lalu.

Dalam kenyataan sama, keluarga Xiaorou turut meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat tidak sahih dan spekulasi berlebihan mengenai punca kematiannya.

Advertisement

“Ahli keluarga dan rakan-rakannya dengan ikhlas meminta semua pihak menghormati fakta dan tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

“Jangan sebarkan kandungan yang melibatkan privasi serta hentikan spekulasi berlebihan mengenai dirinya dan keluarga.

“Bagi mereka yang ingin mengucapkan takziah, biarlah keprihatinan anda disampaikan sebagai doa dalam diam supaya dia terus dikenang dengan penuh maruah dan rasa hormat,” kata kenyataan tersebut.

Keluarga turut berterima kasih kepada orang ramai yang selama ini memberikan sokongan kepada Xiaorou selain meminta ruang privasi diberikan kepada rakan-rakannya.

“Terima kasih sekali lagi atas sokongan anda terhadap Jiang Xiaorou. Semoga dia bersemadi dengan tenang dan berikanlah privasi yang diperlukan kepada rakan-rakannya,” ujar kenyataan itu.

Xiaorou sebelum ini dikenali menerusi kandungan penyiasatan paranormal termasuk mengunjungi lokasi terbiar serta mencabar pelbagai kepercayaan karut.

Video terakhirnya sebelum kemalangan dimuat naik pada 9 Julai lalu yang menyaksikan Xiaorou membuat panggilan telefon kepada beberapa nombor dicadangkan pengikutnya.

Pada Ogos tahun lalu, namanya turut mencetuskan kontroversi selepas memuat naik video memecahkan patung tanah liat Guanyin menggunakan tukul.

Tindakan tersebut dilakukan sebagai sebahagian daripada kandungan yang bertujuan mencabar kepercayaan karut.

Dalam video berkenaan, Xiaorou turut mengeluarkan kenyataan yang kembali menjadi perhatian selepas berita kematiannya tersebar.

“Mari kita lihat berapa lama saya boleh hidup,” katanya ketika itu.

Susulan kematiannya kira-kira setahun selepas video kontroversi tersebut, pelbagai spekulasi tercetus dalam media sosial sehingga mendorong keluarganya meminta orang ramai tidak mengaitkan kejadian 
berkenaan dengan perkara yang belum dapat dipastikan.

Xiaorou dilaporkan meninggal dunia pada 10 Ogos lalu pada usia 24 tahun. – AGENSI

Sumber: People.com

Anda mungkin berminat dengan

(Lovito Refine) Casual Dress Tweed Fabric New Chinese Style Bow Texture Spring/summer Pink Dress for Women LR29A074 (Lovito Refine) Gaun Kasual Fabrik Tweed Tekstur Reben Gaya Cina Baharu Gaun Merah Jambu Musim Bunga/musim Panas Untuk Wanita LR29A074

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

[COSRX OFFICIAL] AHA/BHA Clarifying treatment toner for acne prone skin_AHA 0.1% BHA 0.1% 150ml

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 Account 4K Premium Mobile/TV/TABLET

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

Durable Stoking cotton socks premium cotton Stokin cotton Business 6 in 1 BOX Breatheable Sport Sock

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

[B] Sea Makeup Lock It Matte Acne Setting Spray - Waterproof Transferproof Finish | Spray Makeup Tahan Lama Glowing

JELLY BUNNY TRES FLAT SANDALS GLITTER MULTI 2 B21SLFI003 Glitter Multi 2

JELLY BUNNY TRES FLAT SANDALS GLITTER MULTI 2 B21SLFI003 Glitter Multi 2

Must Watch Video

Advertisement