Skip to main content

Selebriti

Penampilan Pertama Di Malaysia, Kumpulan 510 Bakal Anjurkan ‘Renegades Showcase Live In Kuala Lumpur’ 28 November Ini

Penampilan Pertama Di Malaysia, Kumpulan 510 Bakal Anjurkan ‘Renegades Showcase Live In Kuala Lumpur’ 28 November Ini

Sekilas

  • Band Indonesia, 510, akan mengadakan Renegades Showcase Live pertama mereka di Kuala Lumpur pada 28 November di Odeon.
  • Persembahan ini menawarkan konsep showcase intim untuk peminat menikmati aksi 510 dari jarak dekat.
  • Tiket boleh dibeli melalui iLasso Tickets dengan tiga kategori harga berbeza, bermula dari RM158 hingga RM258 di pintu.
Advertisement

Buat julung kalinya, kumpulan band Indonesia, 510 bakal mengadakan Renegades Showcase Live in Kuala Lumpur di Odeon pada 28 November ini.

Bakal bermula jam 8 malam, persembahan anjuran Rockstage Entertainment dengan kerjasama Catna Music itu menawarkan konsep showcase yang lebih intim, sekali gus memberi peluang kepada peminat menikmati aksi 510 dari jarak lebih dekat.

Advertisement

Ditubuhkan pada 2021 sebagai kesinambungan daripada Slap It Out (SIO), 510 dianggotai Faizal Permana atau Ical (vokal), Pras Goldinantara (gitar) dan Winaldy Senna (dram).

Kumpulan itu memperkenalkan identiti mereka menerusi single sulung Alive pada 18 Jun 2021 sebelum tampil dengan album penuh Origin pada 2023 yang memuatkan 11 lagu.

Antara karya yang cukup sinonim dengan 510 termasuk Emotional Renegades, Esa, Alive, Collapsed, The Last Suffer, Death Parade, Mama dan Re-Mine.

Malah, perkembangan terbaharu mereka turut menyaksikan kolaborasi bersama Vierratale menerusi Esa x Perih yang dilancarkan pada April lalu.

Bagi yang mahu menyaksikan sejarah penampilan pertama 510 di Malaysia, tiket boleh didapati menerusi iLasso Tickets.

Tiga kategori ditawarkan iaitu Cat 1 Standing (RM158), Premium Seat (RM188) dan Normal Seat (RM218), manakala harga di pintu ialah RM198, RM228 dan RM258. Semua harga tidak termasuk caj pengendalian tiket dan pemprosesan pembayaran.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement