Komposer dan penulis lirik lagu nyanyian kumpulan Alpha berjudul 'P Ramlee & Saloma' iaitu Mohsein Kush menafikan karyanya itu meniru lagu popular kumpulan Nidji iaitu 'Sumpah dan Cinta Mati'.
Menurut Mohsein, dia tidak pernah mendengar lagu berkenaan sehinggalah ditegur oleh beberapa pihak.
"Persamaan mungkin ada tetapi tak sengaja. Banyak juga lagu lain yang sama. Saya tak pernah dengar pun lagu Sumpah Matiku itu sampailah orang tegur," katanya kepada Gempak.
Mohsein berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri ke Asto Bukit Jalil bagi mempromosikan single terbaharunya iaitu Pesan Terakhir pada Selasa.
Dalam masa sama, Mohsein turut menegaskan bahawa lagu P Ramlee & Saloma merupakan hasil ciptaan sepenuhnya tanpa sebarang rujukan daripada mana-mana karya.
"Semuanya kebetulan sahaja. Semua orang ada pendapat masing-masing. Bahkan lagu ini memang tiada rujukan dari mana-mana lagu. Memang hasil sepenuhnya dari kami.
Sekadar info, lagu P Ramlee & Saloma kini telah mencecah 12.6 Juta dengan strim lagu terbanyak di Spotify Malaysia
Dalam perkembangan lain, Mohsein turut hadir bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Pesan Terakhir, yang mengisahkan tentang pesan terakhir ibu bapa sebelum pemergian mereka, serta luahan seorang anak sekiranya diberi peluang bertemu ibu bapanya dalam mimpi buat kali terakhir.