Skip to main content

Viral

Penduduk Gempar ‘Pocong’ Berdiri Depan Rumah Tengah Malam

Astro Gempak pocong

Sekilas

  • Penduduk di Kalideres, Jakarta Barat, dilaporkan takut selepas kelibat menyerupai pocong muncul di hadapan rumah mereka pada waktu malam.
  • Beberapa video rakaman kejadian tular di media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen, termasuk rasa seram untuk keluar rumah.
  • Pihak polis Kalideres masih belum terima laporan rasmi tetapi akan menyiasat berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial.
Advertisement

Penduduk sebuah kawasan perkampungan di Jakarta dilaporkan hidup dalam ketakutan selepas kelibat menyerupai pocong didakwa muncul di hadapan rumah mereka pada waktu malam.

Kejadian yang berlaku di kawasan Kalideres, Jakarta Barat itu mula tular selepas beberapa rakaman video dimuat naik di media sosial memaparkan susuk putih berdiri tegak di hadapan pintu dan pagar rumah penduduk.

Advertisement

Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen termasuk ada yang mengaku seram untuk keluar rumah pada waktu malam selepas melihat video berkenaan.

Menurut Ketua Polis Kalideres, Rihold Sihotang, pihaknya setakat ini masih belum menerima laporan rasmi berkaitan kejadian tersebut.

“Namun, kami akan menyiasat lebih mendalam berdasarkan maklumat yang beredar di media sosial,” katanya.

Fenomena kelibat didakwa pocong itu bukan kali pertama berlaku di Indonesia apabila sebelum ini beberapa kawasan lain turut gempar dengan rakaman penampakan serupa sehingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Malah ada netizen yang sempat berseloroh mengenai kejadian tersebut.

“Siram pakai air panas,” tulis seorang pengguna media sosial.

Sumber: Kosmo!

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement