Skip to main content
Advertisement

Antarabangsa

Penerbit Siri Risikan Tehran, Dana Eden, Ditemui Meninggal Dunia Di Hotel

Astro Gempak tehran

Sekilas

  • Penerbit bersama siri Tehran, Dana Eden, ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Athens pada usia 52 tahun.
  • Kematian Eden diklasifikasikan sebagai bunuh diri oleh pihak berkuasa berdasarkan bukti di tempat kejadian, walaupun terdapat spekulasi pembunuhan terancang yang dinafikan.
  • Siri Tehran yang sedang dalam penggambaran musim keempat mengisahkan misi perisikan ejen Mossad berkaitan nuklear.
Advertisement

Penerbit bersama siri terkenal Tehran, Dana Eden ditemui meninggal dunia di sebuah hotel di Athens pada usia 52 tahun.

Eden yang merupakan rakyat Israel ditemui tidak bernyawa oleh abangnya, pada hujung minggu di hotel selepas gagal dihubungi, lapor The Guardian.

Advertisement

Kematian pemenang Emmy itu disifatkan sebagai momen menyedihkan bagi keluarga, sahabat dan teman kerja, ujar kenyataan yang dikeluarkan Donna and Shula Productions yang didirikan Eden.

Eden meninggal dunia sewaktu siri perisik yang cukup hit di saluran Apple TV itu sedang dalam penggambaran musim keempat.

Media Israel melaporkan kematian Eden dikaitkan dengan spekulasi ‘pembunuhan terancang’ namun dinafikan pihak berkuasa.

Abang penerbit itu pula ada memberitahu Eden sempat mendapatkan rawatan dan mengambil ubat sebelum kematiannya kerana kurang sihat.

Pihak berkuasa dilaporkan setakat ini mengklasifikasikan kematian Eden sebagai bunuh diri berdasarkan bukti yang ditemui di tempat kejadian termasuk beberapa butir pil.

Tehran dibintangi oleh Niv Sultan sebagai ejen Mossad, Tamar Rabinyan, yang merupakan rakyat Iran dibesarkan di Israel terlibat dalam misi perisikan berkaitan nuklear.

Anda mungkin berminat dengan

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

Must Watch Video

Advertisement