Sekilas
- Adrian Edy berkongsi pengalaman menerima surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
- Dalam surat itu, Tun Mahathir mengucapkan terima kasih atas penghargaan Adrian terhadap khidmatnya dan mendoakan kesejahteraan keluarga Adrian.
- Adrian turut mendoakan kesihatan dan umur panjang untuk Tun Mahathir sebagai tanda penghormatan dan terima kasih atas jasa beliau kepada negara.
Seorang individu di Threads berkongsi pengalaman berharga apabila menerima surat daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad.
Individu yang dikenali sebagai Adrian Edy itu berkata dirinya tidak menyangka akan menerima surat daripada figura yang diseganinya itu.
“Harini saya dapat surat daripada Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia yang ke 4 dan ke 7, seorang negarawan yang sangat saya sanjungi dan hormati.
“Terima kasih Tun sudi kirim surat untuk saya, tidak sangka dapat surat daripada Tun,"tulisnya.
Dalam masa sama, Adrian turut menzahirkan penghargaannya terhadap Tun Dr Mahathir, selain mendoakan agar diberikan kesihatan dan umur yang panjang.
"Semoga Tun sihat selalu, panjang umur dan bahagia sentiasa bersama keluarga tersayang. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan Tun ke atas negara Malaysia,”ujarnya.
Menerusi surat tersebut, Tun mengucapkan terima kasih kepada Adrian selepas penghargaan yang dititipkan terhadap khidmatnya, selain mendoakan kesejahteraan Adrian sekeluarga.
"Saya ucap terima kasih atas penghargaan yang diberikan terhadap khidmat saya serta doa yang dipanjatkan untuk kesejahteraan saya. Saya doakan kesejahteraan buat Adrian dan keluarga,"katanya,