Berita

Pengalaman Hidup Bahan Untuk Menghiburkan Orang - Mad Sabah Lawak Solo

gempak
Rozaimi Zubaidi
07/12/2016
05:04 MYT
Sponsor Banner
Pengalaman Hidup Bahan Untuk Menghiburkan Orang - Mad Sabah Lawak Solo
Peserta Lawak Solo, Mad Sabah mengakui bahawa dia mencerita kembali pengalaman hidupnya sebagai bahan untuk membuat persembahan di atas pentas.
Mad Sabah atau nama sebenarnya Achmad Rusli, 28, berkata dia menceritakan kisah hidup yang pernah dilalui suatu ketika dahulu di Sabah sebagai bahan untuk dikongsikan kepada penonton.
"Saya menggunakan cerita pengalaman ketika tinggal di Sabah sebagai bahan untuk melakukan stand up komedi di atas pentas.
"Ini kerana saya ingin berkongsi kepada orang ramai mengenai Sabah kerana ramai yang tidak mengetahui cerita orang pendalaman.
"Bila fikir kembali benda yang boleh di cerita kepada penonton adalah dekat dengan saya iaitu pengalaman hidup di pendalaman.
"Jadi saya gunakan bahan itu dan berfikir bagaimana hendak sampaikan dengan cara lucu pada setiap persembahan," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya lagi, dia amat bersyukur kerana lawak yang menceritakan tentang Sabah itu dapat diterima oleh orang ramai di pentas Lawak Solo.
Jangan lupa saksikan peringkat akhir Lawak Solo yang disiarkan secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada hari Jumaat, ekslusif menerusi Astro Warna (saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134), ?pukul 10 malam.
Lawak Solo merupakan sebuah program realiti komedi mencari pelapis untuk memeriahkan lagi dunia komedi solo yang kini dilihat semakin mendapat perhatian di kalangan peminat komedi tanah air.
Program ini dihoskan oleh Johan, manakala Fad Bocey juga turut memeriahkan Lawak Solo ini selaku hos dibelakang tabir bersama dua lagi pelawak baru laman sosial iaitu Jamal dan Zukiee.
Teks oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live