Skip to main content

Berita

Pengarah Filem 'Malam Terlarang' Nurhanisham Muhammad Meninggal Dunia

Astro Gempak

Sekilas

  • Pengarah filem Nurhanisham Muhammad atau Labu dilaporkan meninggal dunia pada Khamis, mengejutkan industri hiburan tanah air.
  • Rakan artis seperti Kamal Adli dan Fazura berkongsi ucapan takziah serta kenangan manis bersama Allahyarham di media sosial.
  • Allahyarham dikenali melalui karya Astro Shaw seperti filem Malam Terlarang, siri drama X-Change, dan filem Wantugo yang bakal ditayangkan.
Advertisement

Industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita pemergian pengarah filem, Nurhanisham Muhammad atau lebih dikenali sebagai Labu yang dilaporkan meninggal dunia pada Khamis.

Menurut anak saudaranya yang dikenali sebagai Wan Sleep, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 5 petang di kediamanya bertempat di Kuala Selangor.

Advertisement

“Arwah meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang tadi di rumahnya di Taman Kuala Selangor Jaya.

“Laporan polis sudah dibuat dan kami masih menunggu pemeriksaan lanjut. Kemungkinan jenazah akan dikebumikan esok pagi,” katanya.

Berita pemergian pengarah tersebut turut dikongsikan ramai rakan artis dan penggiat seni menerusi media sosial yang menzahirkan ucapan takziah serta rasa sedih atas kehilangan itu.

Advertisement

Pelakon Kamal Adli menerusi satu hantaran di Threads menyifatkan Allahyarham sebagai seorang sahabat baik selain individu yang banyak meninggalkan kenangan buat dirinya.

dndjd

“Cameraman, director, kawan baik saya. Abang Nurhanisham Muhammad atau Labu dah kembali ke rahmatullah.

“Abang Labu, Kamal tak sempat nak kerja dengan abang balik. Banyak sangat kenangan saya dengan abang. Berehatlah abang,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon dan usahawan Fazura turut menzahirkan rasa sedih apabila hasrat untuk kembali bekerjasama dengan Allahyarham tidak kesampaian.

dsvf

“Al-Fatihah. Pengarah tersohor negara, Abang Nurhanisham Muhammad atau mesra dengan panggilan Abang Labu telah kembali ke rahmatullah.

“Walaupun kita ada rencana nak kerjasama dan tak kesampaian, Faz tetap bersyukur dapat luangkan masa terakhir dengan abang lebaran baru-baru ini,” katanya.

Fazura turut menitipkan doa agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.

Untuk rekod, Allahyarham sebelum ini dikenali sebagai pengarah beberapa karya terbitan Astro Shaw termasuk filem Malam Terlarang, siri drama X-Change, drama komedi B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit, serta filem terbaharu Wantugo yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Must Watch Video

Advertisement