Isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida berkongsi ciapan manis mengenai perjalanan hidupnya bersama suami tercinta sepanjang 19 tahun mendirikan rumah tangga.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Shahida mengakui hubungan bersama Aliff bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya mereka telah melalui pelbagai ujian dan dugaan sepanjang perjalanan tersebut.
"19 tahun aku bersamamu. Sejak awal bertemu hingga di titik ini, bukan hal yang mudah. Banyak ujian, kata maaf, tangisan dan gelak tawa," tulisnya.
Menurut Shahida, walaupun berdepan cabaran, mereka sentiasa memilih untuk terus bertahan dan berusaha memperbaiki diri.
"Dan selama ini juga bukan sebab kita baik-baik sahaja tetapi kerana selalu berusaha memperbaiki diri dan memilih untuk tetap bersama," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pasangan tersebut sambil mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
"Pasangan 'sweet', datuk dan datin.
"Semoga bahagia ke syurga.
"'Sweet' betul pasangan ini. Penyondol pun fikir sejuta kali nak sondol. Kembar seiras.
"Saya doakan datin dengan datuk bahagia bersama hingga akhir nyawa. Sihat sentiasa," komen netizen