Skip to main content

Selebriti

Penyanyi Asyik Hulur Mikrofon Ketika Buat Persembahan? Shiha Zikir; “Tidak Semua Mempunyai Kemahiran Untuk…”

Penyanyi Asyik Hulur Mikrofon Ketika Buat Persembahan? Shiha Zikir; “Tidak Semua Mempunyai Kemahiran Untuk…”

Sekilas

  • Shiha Zikir menjelaskan bahawa tidak semua artis mampu berinteraksi dengan penonton sambil menyanyi dan menganggap tindakan itu sebagai satu bentuk hiburan.
  • Beliau berkata memberi mikrofon kepada penonton adalah cara penyanyi menghargai sokongan mereka, asalkan tidak sepanjang lagu.
  • Namun, Shiha menegaskan tindakan itu tidak sesuai dalam pertandingan nyanyian kerana penyanyi perlu membuat persembahan sendiri.
Advertisement

Penyanyi, Shiha Zikir tampil mengulas mengenai ketidakpuasan hati segelintir penonton terhadap artis yang menghulurkan mikrofon kepada penonton ketika membuat persembahan.

Pemilik nama penuh Nurshiha Mohd Zikir, 39, berkata tidak semua artis mampu berinteraksi dengan penonton sambil menyanyi.

Advertisement

Malah, tindakan tersebut juga dianggap sebagai salah satu bentuk hiburan.

“Bagi saya, itu pendapat masing-masing. Sebagai penonton, kalau kita pergi melihat artis yang kita suka, saya sendiri suka apabila ada interaksi seperti itu.

“Sebenarnya, bukan semua artis boleh dan berani melakukan perkara itu sebab tidak semua penyanyi mempunyai kemahiran untuk menyanyi sambil berinteraksi dengan penonton.

Advertisement

“Ada penyanyi yang hanya menyanyi di atas pentas. Jadi sebenarnya turun berinteraksi dengan penonton itu juga satu bentuk hiburan,” katanya kepada Gempak.

Shiha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media NSO With Aubrey Suwito di Istana Budaya pada Selasa.

Dalam pada itu, pelantun lagu Minta Ampun itu turut berkata tindakan tersebut kemungkinan cara seseorang penyanyi itu menghargai sokongan penonton.

“Apabila penonton menyanyi bersama, mungkin mereka adalah antara individu yang banyak menyokong penyanyi itu. Jadi, penyanyi sudah pasti mahu menghargai mereka.

“Bukannya sampai satu lagu penuh dia tidak menyanyi. Kalau satu lagu penuh tidak menyanyi dan semuanya diserahkan kepada penonton, saya faham kalau ada yang mempersoalkannya.

“Namun, kalau sekadar satu ayat untuk menghiburkan penonton dan mewujudkan momen ‘sing along’, bagi saya tiada masalah,” ujarnya.

Bagaimanapun, katanya lagi, situasi tersebut mungkin berbeza jika penyanyi berbuat demikian ketika menyertai pertandingan nyanyian.

“Tapi kalau dalam pertandingan, itu memang tidak boleh. Tiba-tiba sedang bertanding dan mahu serahkan mikrofon kepada orang lain, itu sudah salah kerana nama pun pertandingan dan kita perlu membuat persembahan.

“Bila kita sudah masuk dalam dunia seni dan media sosial, kita kena terima apa yang diperkatakan oleh setiap orang. Tetapi, itu tetap pandangan masing-masing,” katanya.

Sebelum ini, seorang pengguna Threads mempersoalkan tindakan artis yang sering menghulurkan mikrofon kepada penonton ketika membuat persembahan.

Menurutnya, penonton yang sudah membayar untuk menyaksikan konsert tentunya mahu mendengar suara penyanyi, bukannya suara sumbang penonton.



 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

Must Watch Video

Advertisement