Skip to main content
Advertisement

Berita

Penyanyi Ulek Mayang Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

Penyanyi Ulek Mayang Meninggal Dunia Pada Usia 82 Tahun

Sekilas

  • Wan Salmah Wan Sulaiman, penyanyi dan pelakon lagu tradisional Ulek Mayang, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
  • Beliau mengalami komplikasi kesihatan akibat penurunan tahap oksigen dalam badan dan menerima rawatan selama kira-kira 20 hari sebelum meninggal dunia.
  • Wan Salmah dikenali sebagai tokoh seni yang banyak berjasa mengangkat warisan budaya Terengganu, khususnya melalui persembahan Ulek Mayang dan gamelan Melayu.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon asal lagu tradisional ikonik Ulek Mayang, Wan Salmah Wan Sulaiman, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu, pada Jumaat.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.25 pagi selepas mengalami komplikasi kesihatan akibat penurunan tahap oksigen dalam badan.

Anak lelakinya, Shahriman Shamsuddin, 52, berkata ibunya menerima rawatan di HSNZ sejak kira-kira 20 hari lalu selepas dikesan mengalami masalah kekurangan oksigen yang kronik.

Advertisement

Menurutnya, keadaan kesihatan Allahyarham merosot secara mendadak pada pagi Jumaat sehingga menyebabkan beberapa organ penting, termasuk hati, gagal berfungsi.

“Kandungan oksigen dalam badan mami turun mendadak pagi tadi sehingga menyebabkan beberapa organ badannya berhenti berfungsi.

“Saya berada di sisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” katanya ketika dihubungi.

Shahriman berkata, Allahyarham sepatutnya menyambut ulang tahun kelahiran ke-82 pada 19 September depan.

Wan Salmah yang berasal dari Kampung Tiong, Kuala Terengganu, dikenali sebagai antara tokoh seni yang banyak berjasa mengangkat warisan budaya Terengganu, khususnya menerusi persembahan Ulek Mayang dan gamelan Melayu.

Beliau juga pernah membawa seni tradisional negeri itu ke pelbagai pentas termasuk di peringkat antarabangsa.

Ulek Mayang merupakan antara lagu rakyat paling terkenal dalam masyarakat Melayu Terengganu dan kekal popular sehingga kini, meskipun sering dikaitkan dengan unsur mistik susulan asal-usulnya yang dipercayai berkait dengan ritual perubatan tradisional masyarakat setempat.


Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement