Berita
Perempuan Jangan Ingat Usia 40 Dah Tua Sangat - Che Ta
Aktres Rozita Che Wan atau Che Ta mendedahkan kehidupan sebenarnya bermula pada usia 40 tahun.
Che Ta berkata di usia tersebut dia telah mencapai banyak perkara dari segi kehidupan rumahtangga dan juga kerjayanya.
"Umur 40 saya kahwin dengan Zain Saidin. Pada umur 41 tahun pula saya melahirkan Aaisyah Dhia Rana, sekarang dia pun sudah dua tahun.
"Jadi macam untuk orang perempuanlah terutamanya, jangan ingat umur 40 rasa macam dah tua sangat lah.
"Tak sebenarnya, kalau orang lelaki boleh cakap life begin at 40's, kenapa bukan perempuan jugak kan?
"My life begin at 40's.
"Pada umur 40 tu kita dah cukup matang, kita dah tahu apa hala tuju hidup kita,
kita dah tahu apa yang kita nak so kita dah boleh rancang perjalan hidup kita," katanya dalam program The House 3.
Saksikan The House 3 yang ditayangkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak iaitu di www.thehouse.com.my .
Bagaimanapun, The House 3 menemui penonton dalam episod akhir hari ini pada jam 9.30 malam yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh Syafiqah Jalal
Must-Watch Video