Skip to main content

Selebriti

Perkongsian Di Threads Bukan Dari Pengalaman Peribadi, Kaka Azraf Enggan Ulas Lanjut Soal Status Rumah Tangga - "Perkara Itu Sangat..."

WhatsApp Image 2026 04 25 at 12.04.43 PM

Sekilas

  • Kaka Azraff memilih untuk tidak mendedahkan status hubungan rumah tangganya yang kini didakwa bermasalah dan meminta orang ramai mendoakan yang terbaik.
  • Dia menegaskan perkongsian di aplikasi Threads adalah berkaitan karya dan pengalaman orang lain, bukan pengalaman peribadinya sendiri.
  • Kaka dan bekas suaminya, Adam, telah sah bercerai pada 28 Oktober 2024 selepas berkahwin sejak 2018 dan dikurniakan tiga anak.

Penyanyi Kaka Azraff memilih untuk mengunci mulut mengenai soal status hubungan rumah tangganya yang kini didakwa sedang mengalami pergolakan.

Kaka atau namanya sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 36 berbuat demikian kerana tidak mahu hal peribadinya diketahui ramai.

"Kalau boleh saya nak kurangkan bercerita hal peribadi. 

"Tapi apa yang saya boleh cakap, doakan lah yang baik-baik. 

"Saya tak tahu macam mana nak jawab status saya sekarang. Perkara itu pun sangat privasi bagi saya. 

"Tapi kalau ada apa-apa, saya akan berkongsi. Status itu saya tak boleh nak dedahkan sekarang," katanya kepada Gempak.

Kaka berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Next Level Gabungan mStar, Suria dan Kuali di Saloma Kuala Lumpur, pada Rabu.

Kaka bagaimanapun berkata jika semua urusannya telah selesai dan reda, dia sendiri akan berkongsi perkara tersebut.

"Bila semuanya sudah selesai, saya pasti akan berkongsi dengan semua. 

"Cuma sekarang ini, saya perlu menghormati dan tak dapat nak kongsi banyak," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai dirinya yang kini semakin aktif di aplikasi Threads, Kaka turut menafikan bahawa segala perkongsiannya itu bukan berdasarkan pengalaman rumah tangganya.

"Perkongsian itu sebenarnya berkaitan dengan karya saya. Ianya tentang perjalanan diri sendiri. 

"Saya rasa ramai yang boleh faham. Terutama mereka yang sudah berumah tangga, kerana ianya bukan perkara yang mudah. 

"Memerlukan banyak pengorbanan. Saya mahu jadi suara untuk mereka. Tak salah untuk saya kongsi quotes. 

"Sebab apa yang saya kongsi, bukan saya saja yang rasa. Ramai orang di luar sana rasa perkara yang sama.

"Bukan pengalaman peribadi. Quotes itu semua hanyalah perspektif. Saya ada keluarga dan kawan-kawan yang banyak bercerita tentang rumah tangga. 

"Bila saya dengar, saya rasa seolah-olah dalam situasi mereka. Saya nak beri mereka kekuatan untuk tempuhi ujian yang sedang dihadapi," jelasnya.

Untuk info, Kaka dan Adam telah sah bercerai talak satu dan pengesahan lafaz cerai itu difahamkan dilakukan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, pada 28 Oktober 2024.

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 dan pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan, 6, dan Aryan, 5, dan Atta Adam.

Anda mungkin berminat dengan

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement