Skip to main content

Selebriti

“Pernahkah Mereka Mengundang Penyanyi Lama?” - Khadijah Ibrahim Sedih Penyanyi Masa Kini Sering Ketepikan Artis Senior

“Pernahkah Mereka Mengundang Penyanyi Lama?” - Khadijah Ibrahim Sedih Penyanyi Masa Kini Sering Ketepikan Artis Senior

Sekilas

  • Datuk Khadijah Ibrahim meluahkan rasa sedih kerana penyanyi generasi baharu jarang memberi ruang kepada penyanyi lama dalam konsert mereka.
  • Beliau menegaskan penyanyi lama sering mengundang artis baharu dalam konsert mereka, tetapi situasi sebaliknya jarang berlaku.
  • Khadijah kembali dengan single terbaharu berjudul Ibu Doa selepas lebih dua dekad tidak tampil dengan karya baru.
Advertisement

Penyanyi veteran, Datuk Khadijah Ibrahim meluahkan rasa sedih apabila melihat penyanyi generasi masa kini jarang memberi ruang kepada penyanyi lama untuk terlibat dalam konsert mereka.

Menurut Khadijah atau lebih mesra disapa sebagai Ibu, berdasarkan pemerhatiannya, penyanyi senior sering mengundang artis generasi baharu untuk membuat persembahan dalam konsert mereka.

Advertisement

Namun, situasi sebaliknya jarang berlaku apabila penyanyi masa kini mengadakan konsert.

“Ibu rasa setiap kali ibu mengadakan konsert, mesti akan ada penyanyi lama dan penyanyi baharu yang turut serta. Tetapi apabila penyanyi baharu pula mengadakan konsert, pernahkah mereka mengundang penyanyi lama?

“Ibu bukan mahu mempertikaikan perkara itu. Namun, ibu mengikuti hampir semua konsert kerana ia juga sebahagian daripada kerja ibu.

“Kadang-kadang ibu rasa sedih. Untuk persembahan pembukaan pun, apa salahnya kalau mereka memanggil seorang atau dua penyanyi lama? Mereka masih mampu memberikan persembahan yang baik.

“Sepanjang ibu mengadakan konsert, ibu tidak pernah melupakan penyanyi baharu. Pasti ada tiga atau empat penyanyi baharu yang diberi peluang, termasuk untuk membuat persembahan pembukaan,” katanya kepada Gempak.

Khadijah berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Ibu Doa di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, Khadijah mengakui dia tidak boleh menyalahkan artis sepenuhnya kerana keputusan melibatkan pemilihan penyanyi mungkin ditentukan oleh pihak tertentu.

Bagaimanapun, katanya penyanyi tetap perlu menunjukkan usaha dan keinginan yang kuat untuk melibatkan artis senior supaya kedua-dua generasi dapat saling menyokong.

“Ibu tidak boleh menyalahkan artis sepenuhnya kerana kadang-kadang keputusan itu bukan terletak di tangan mereka, sebaliknya ditentukan oleh pihak yang mengeluarkan modal. Mereka hanya menjalankan tugas dan kita faham perkara itu.

“Bagaimanapun, artis juga perlu mencuba dan lebih agresif menyuarakan keinginan mereka. Mereka boleh berkata, ‘Saya mahu artis ini bersama-sama menjayakan konsert saya. Sokong saya dalam konsert ini supaya suatu hari nanti saya juga boleh menyokong anda.

“Perkara itu sebenarnya boleh dilakukan, termasuk menerusi persembahan duet. Semuanya bergantung kepada sama ada kita mahu melakukannya atau tidak. Itulah cara ibu,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, selepas lebih dua dekad tidak tampil dengan karya baharu, Khadijah akhirnya kembali mewarnai industri muzik menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Ibu Doa.

Lagu Ibu Doa mengangkat kisah kasih seorang ibu yang tidak pernah mengenal batas, menzahirkan sentuhan kasih sayang yang membesarkan anak-anak serta pengorbanan tulus yang tidak ternilai sepanjang membesarkan mereka.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

POH KONG 999.9/24K Thank You Gold Wafer Coin

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement