Skip to main content

Selebriti

Pertikai Harga Barangan, Zuliz Aziz Mohon Orang Ramai Beli Ikut Kemampuan Diri - "Tak Perlu Bising Harga Mahal, Tiada Siapa Paksa"

Zulin aziz beg

Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz tampil berkongsi pandangan mengenai sikap pengguna yang sering mempertikaikan harga barangan di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zulin menegaskan orang ramai seharusnya berbelanja mengikut kemampuan diri dan tidak menjadikan harga mahal sebagai isu terbuka.

Menurutnya, jika sesuatu barangan dirasakan di luar kemampuan, ia bermakna barangan tersebut bukan untuk dimiliki.

"Nak beli apa pun, lihat kemampuan diri masing-masing. Kalau rasa mahal, maksudnya barang itu bukan untuk kita.

"Tak perlu nak bising dengan harga mahal. Bukan kena paksa beli pun," tulisnya.

Dalam pada itu, Zulin turut menyarankan individu yang ingin memiiki barangan mewah supaya menyimpan wang terlebih dahulu dan membeli ketika sudah benar-benar mampu.

"Kalau rasa nak beli juga tapi mahal, kumpul duit dan beli satu hari nanti. Dah diam," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong kenyataan Zulin dan berpendapat lebih baik berdiam diri sekiranya tidak mampu membeli barangan di luar batas kemampuan.

"Setuju, nak usaha kumpul sampai cukup dan dahulukan keperluan dari kehendak. Jangan ikut nafsu dan diluar batas kemampuan.

"Jangan kecam, tiada siapa yang paksa beli. Ada duit beli, kalau tiada baik diam sahaja.

"Betul, rasa mampu beli, rasa tidak mampu diam sahaja," komen netizen.

Terdahulu, nama usahawan dan jurusolek terkenal, MUA Bellaz menjadi perhatian ramai susulan dakwaan menjual beg tangan pada harga tinggi.

Bagaimanapun, MUA Bellaz tampil memohon maaf dan menjelaskan kos pengeluaran yang tinggi menjadi punca harga tersebut ditetapkan.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement