Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

Peserta GegarVaganza 3 Lebih Mantap, Saingan Lebih Sengit

Ahmad Shah 05/10/2016 | 07:30 MYT
Teka-teki mengenai siapa peserta GegarVaganza ketiga (GV3) akhirnya terjawab selepas 12 orang penyanyi diperkenalkan pada sidang media yang berlangsung pada petang Rabu.

Saingan dijangka lebih sengit berbanding musim terdahulu kerana enam peserta lelaki dan enam wanita GV3 kali ini sangat dikenali dengan kehebatan dan keunikan vokal masing-masing.

12 penyanyi yang bakal menggegarkan pentas GV 3 ialah Ameng Spring, Zarul Umbrella, Razis Ismail, Gmie Screen, Rem dan Shidee Data mewakili enam peserta lelaki.

Manakala enam peserta wanita pula sangat dikenali dengan kehebatan vokal masing-masing dan mereka ialah, Nora Ariffin, Siti Sarah, Elly Mazlein, Azharina, Intan Sarafina serta Zur Eda.

GV3 masih mengekalkan pelawak Jihan Muse dan Nabil Ahmad sebagai pengacara serta Ramli MS dan Khatijah Ibrahim juga masih kekal dikerusi pengkritik tetap.

Untuk melihat kehebatan dan merasai kemeriahan GV3, Siaran Langsung akan diadakan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bermula 16 Oktober ini, jam 9.00 malam.

Siaran langsung GV3 juga boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Tetapi apakata sebelum siaran langsung bermula, dapatkan KFC Bargain Feast untuk dinikmati seisi keluarga!

Istimewanya KFC Bargain Feast, ianya berbaloi dan boleh dimakan di mana-mana sahaja, bila bila masa.

Nikmati kemeriahan KFC Bargain Feast bersama GV3 di rumah atau sebelum ke auditorium pada hari Ahad, 16 Oktober ini ya!

#GegarVaganza3 #Gegar Vaganza
;