Skip to main content

Berita

PETRONAS Sahkan Bekalan Bahan Api Di Seluruh Rangkaian Stesen Sehingga Akhir Jun

IMG 8817

Sekilas

  • PETRONAS mengesahkan bekalan bahan api di seluruh negara terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sebelum ini sehingga Mei 2026.
  • PETRONAS membekalkan kira-kira 50% keperluan bahan api negara melalui PETRONAS Dagangan Bhd, manakala baki disediakan oleh syarikat minyak lain di Malaysia.
  • Orang ramai digalakkan membeli bahan api secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan untuk memastikan bekalan stabil dan berterusan.
Advertisement

Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026, lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dibuat sebelum ini.

Dalam kenyataannya hari ini, PETRONAS memaklumkan terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan mencukupi di seluruh rangkaian stesen minyaknya susulan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

Advertisement

“PETRONAS membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, PETRONAS Dagangan Bhd.

“Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia,” katanya.

Pada masa sama, syarikat minyak dan gas negara itu turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil serta boleh diharapkan untuk semua rakyat negara ini.

“Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik,” menurutnya.

Penggunaan secara bertanggungjawab itu akan turut memastikan semua mendapat akses bekalan berkenaan secara berterusan.

Pada 1 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PETRONAS sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

Sumber: BERNAMA 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement