Sekilas
- Dr. Afifah Hidayah, bekas isteri penyanyi Nubhan, kini memilih hidup sederhana dan fokus pada ketenangan diri tanpa perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain.
- Beliau menegaskan bahawa kebahagiaan adalah perkara peribadi dan penting untuk jujur kepada diri sendiri serta anak-anak dalam mencari berkat dan redha Allah.
- Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan lafaz talak Nubhan sah, mengakhiri perkahwinan mereka yang dikurniakan tiga cahaya mata.
Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr. Afifah Hidayah Mohd Yusof kini memilih untuk hidup bersederhana tanpa membuktikan pada sesiapa mengenai kehidupannya.
Menerusi perkongsian di Threads, Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie berkata dia hanya ingin mendapatkan ketenangan hidup kerana percaya bukan semua yang mampu memahami jalan hidupnya.
"Aku tak lagi rasa perlu buktikan pada sesiapa tentang hidup aku. Bahagia itu terlalu peribadi. Cukuplah hati aku tenang, walaupun tak semua orang faham cerita di sebaliknya," tulisnya.
Dalam masa, Dr Fie turut berkata dia belajar bahawa hidup bukanlah tentang kemewahan namun ikhlas mencari jalan tuhan.
Menurutnya, asalkan dia jujur pada diri sendiri dan anak-anaknya, maka hidupnya telah sempurna.
"Aku belajar, hidup ini bukan tentang siapa paling gah, tapi siapa yang paling ikhlas mencari berkat dan redha Allah.
"Biar sederhana langkah aku, asalkan aku jujur dengan diri sendiri dan anak-anakku, dan hati ini benar-benar rasa cukup," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Dr Fie dan mendoakan agar kehidupannya dan anak-anak sentiasa dipermudahkan.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
Sumber: Threads